8 years ago
Monday, September 29, 2014
E-Book Serama PERTAMA di Dunia
KHAS untuk newbie!
~~~~~~~~~~~~~
E-BOOK ( Elektronic Book) tentang teknik penjagaan mudah serama PERTAMA di dunia
Jadilah orang terawal yang memiliki e-book yang sangat membantu jika anda adalah seorang peminat dan penternak ayam serama yang tegar
Amat sesuai bagi anda pendatang baru di dalam arena serama
Mengandungi tips asas penjagaan serama seperti;
● penyediaan reban
● penyediaan pemakanan seimbang
● penjagaan kebersihan dan kesihatan
● pencegahan penyakit dan vaksinasi
Dapatkan SEGERA pada harga PROMOSI sebanyak RM10 sahaja untuk 44 mukasurat!
Pasti berbaloi...hanya RM10 sahaja
Promosi TERHAD untuk 100 orang pembeli terawal dan harga akan dinaikkan selepas kuota cukup
p/s: untuk mendapatkan E-Book ini.......sila pm ke Facebook Serama Bintang..........atau Page Serama Bintang Putra..............boleh juga Whats App @ Telegram ke 0105060656
semoga usaha kecil SB untuk menyumbang kemeriahan dan kegemilangan dunia serama mendapat sokongan rakan-rakan semua untuk langkah-langkah SB seterusnya
Terima Kasih kepada puluhan pembeli yang telah membeli dan juga terima kasih kepada bakal-bakal pembeli...
Tuesday, July 1, 2014
RAMADHAN MENJENGAH LAGI
Salam Semua......Salam 1Malaysia.........sudah agak lama juga SB tak update blog ini........manakan tidak mutakhir ini SB sangat sibuk dengan kerja...........tapi bagi yang mengikuti /fren dengan SB di Facebook SERAMA BINTANG dan Page SERAMA BINTANG PUTRA mungkin dapat berinteraksi dan mengikuti perkembangan semasa SB.............sedar tak sedar kita semua telah dijengahi lagi dengan bulan yang sangat mulia........bulan penuh keberkatan di mana di dalamnya terdapat satu malam yang nilai ganjaran pahalanya andai kita beribadat pada malam tersebut dengan ganjaran seribu bulan.........in sya Allah...nasihat SB marilah kita bersama-sama meluangkan lebih masa dan waktu kita untuk beribadat dan berterawih........kurang-kurangkan lah berserama untuk Ramadan ini......kerna RamadanunKarim hanya datang sebulan dalam setahun............lagi 11 bulan tu kita nak berserama siang dan malam pun bolehla.......hihiihi...........di kesempatan ini juga SB menyusun 10 jari untuk memohon maaf dan ampun andai selama penulisan SB dan selama perkenalan dengan SB, SB ada buat silap...tersalah kata.....terkhilaf bahasa.atau bergurau yang tidak disenangi....atau post-post yang tidak disenangi oleh rakan-rakan.....maafkan SB.........
Tuesday, March 4, 2014
serama 2014
Salam Serama............Salam 1 Malaysia............wah......sedar tak sedar kita sudah memasuki bulan Mac 2014.............betapa cepat masa berlalu.........sesungguhnya Januari dan Februari menyaksikan SB sangat sibuk dengan pelbagai urusan terutamanya urusan kerja dan juga kelahiran putera kedua SB pada tanggal 20.01.2014.....dan kerana kesibukan yang teramat sibuk itu bbrp ekor ayam SB mati kehausan dan kelaparan kerana ada masanya sampai 3 hari SB tak sempat menjengah ke reban...........kesian kat ayam ayam.......mati dalam kelaparan........tahun 2014 kita juga menyaksikan kemeriahan kembali arena serama di pelusuk tanah air dengan pelbagai bon bon di seluruh negara..........slot sharing picture kali ini induk dari baka cikgu zamani dan baka submarine matyar.......manakala jantan muda dari baka keramat awang selamat......
Wednesday, January 8, 2014
KENAPA KERAMAT?
Keramat Brutal Bro
Kenapa Keramat

Salam semua….salam Tahun 2014..tahun
baru azam baru, semangat baru, dan serba serbi yang baru..moga semua impian
kita bagi tahun 2014 menjadi kenyataan dan kita semua memperolehi rahmat dan
keberkatan dari Allah SWT..
Bercakap tentang hobi berserama………masuk
tahun ini, jika dikira pada jumlah tahun, maka SB sudah menempuhi tahun kelima
dalam hobi berserama di mana hobi mula membela semula ayam Serama pada tahun
2010..pada sekitar 1996-1997 SB telahpun membela ayam Serama, ketika itu SB
masih belajar di sekolah Menengah…jika dilihat pada jumlah tahun, jika diambil
contoh pelajar yang belajar di Universiti, sudah tentu tempoh 5 tahun itu cukup
untuk seseorang itu bergelar Mahasiswa ataupun Graduan..Namun bagi SB, dalam ilmu
Serama, SB rasa SB hanyalah memiliki ilmu-ilmu asas yang terhad saja jika
dibandingkan dengan otai-otai Serama di pelusuk tanah air yang telah berserama
sejak puluhan tahun lampau.
Untuk entry kali ini, SB ingin
bercakap mengenai topic KENAPA SB MEMFOKUSKAN MEMBIAK
BAKA-BAKA KERAMAT…bagi SB baka-baka keramat bukanlah baka yang
biasa-biasa malah jika kita bersabar dan sampai saat ketikanya bila kena pada
adunan dan acuannya maka kita akan bisa memiliki ayam-ayam yang luar biasa..menyusuri
kembali sejarah silam, baka-baka keramat adalah baka-baka yang diadunkan oleh
otai yang tidak asing lagi dalam dunia Serama iaitu otai Tuan Haji Iskandar (
Serama Keramat),bagi SB Hj Iskandar bukan sekadar otai-otai biasa, ini
disebabkan Hj Iskandar sendiri merupakan seorang lulusan universiti, justeru
itu dalam membiak dan mengadun darah-darah Serama sudah semestinya ianya
dilakukan secara berilmiah dan bukan secara semborono atau sekadar ikut apa nak
jadi..melalui perbualan secara maya SB dengan Hj Iskandar sebelum ini, dapat
disimpulkan bahawa peringkat awal dahulu, Hj Iskandar memulakan R n D Serama secara
menyilangkan husin dan limbat…yakni Limbat diHusinkan dan Husin diLimbatkan,
ini kerana prinsip yg dipegang oleh beliau ialah Perangai ayam di atas meja
menjadi faktor utama dan aksesori adalah faktor kedua.
Dan sesungguhnya bukan sedikit
masa, keringat dan wang ringgit yang dihabiskan oleh Haji sebelum Berjaya dalam
R n d beliau dan bergelar Best of The Best dari hasil tangan sendiri..dan dari
darah Keramat 10 itu sendiri ianya terdiri dari penyatuan puluhan baka-baka
hebat dan terpilih satu masa dahulu, di antaranya baka Wan Motel,Man
Dagangan,Wan Ahmad, Aziz Bunut, Maliki Losong, Pok nan Tumpat dan lain-lain
baka….Dan bagi penggiat Keramat yang komited seperti Kamarul Brutal Bro, Sb
tabik spring juga… Oleh itu, walaupun Rn D di reban SB sendiri masih belum
mencapai standard Keramat itu sendiri, namun SB akan meneruskan apa yang
dicita-citakan andai masa dan tenaga serta kesabaran masih bersama SB. In Sya
Allah
Wednesday, December 18, 2013
Ziarah pembiak Keramat di Desa Rahmat
Salam Semua dan Salam 1 Malaysia untuk meraikan kenaikan pelbagai barangan asas dan caj servis di Malaysia............diam tak diam kita mempunyai kurang dua minggu saja lagi untuk melangkah ke tahun baru............sama ada kita melangkah bergaya atau melangkah penuh longlai, nak tak nak 2014 tetap kan menyapa kita dengan segala misteri, azam dan harapannya..........berceloteh bab serama, kesibukan kerja mutahir ini (biasa la hujung-hujung tahun semua nak tutup fail) menyebabkan SB tidak mempunyai banyak masa untuk menziarahi rakan-rakan serama mahupun turun serta ke Bon-Bon yang dianjurkan.....beberapa hari yang lepas SB sempat meluangkan masa sejenak di reban Abekop Desa Rahmat..untuk pengetahuan semua Abekop merupakan orang lama dalam serama ( the unsung hero) dan meneruskan tradisi membiak dan membela serama sejak belasan tahun lalu...cuma untuk 3 tahun kebelakangan ini.Abekop begitu komited dalam membiak serama dengan memberi pengkhususan hanya kepada baka-baka Keramat....dan tidak mengecewakan pemiliknya, hasil kesabaran dan ketekunan Abekop membiak baka-baka Keramat tersebut berbayar apabila ada saja peminat-peminat yang membeli ayam-ayam keramat dari reban beliau dengan Harga ribuan ringgit bagi seekor......kita doakan dan berharap agar abekop akan meneruskan hobi berserama untuk selama-lamanya....dan sebagai Buah Tangan, Abekop memberikan seekor penjantan Keramat kesayangannya untuk RnD Keramat SB juga......HEHEHE.........HIDUP SERAMA....
Saturday, December 14, 2013
Ibu dan anak -vs-nenek dan cucu
1
2
2
3
3
4
2
2
3
3
4
Salam semua..........untuk entry kali ini SB ingin berkongsi gambar serama biasa-biasa di reban SB dari tiga generasi tapisan...untuk gambar satu dan dua di atas adalah antara ibu dan anak di mana yang jantan (pic 1) merupakan anak kepada induk betina ( pic 2)...........induk berasal dari reban abenor batu Lada dari kacukan keramat Bahar Awe Selamat (golden army's family) dan Rejek Messo............manakal pic 3 dan 4 pula merupakan gabungan dua generasi iaitu cucu dan nenek di mana induk (pic 3= Sri Pelangi) merupakan nenek kepada ara jantan ( pic 4 ) dari darah Kijang Pok Man dan juga Kubing Keramat Brutal bro....
Friday, December 6, 2013
Cabaran BerSerama di Musim Tengkujuh
Salam semua.......kita kini telah berada di Bulan Disember............bulan terakhir dalam kalendar Masihi sebelum kita melangkah ke Tahun baru tahun 2014......selangkah ke tahun baru bermakna bertambah jua usia kita......harap kita semua panjang umur dalam kebajikan dan kebaikan.........bercakap tentang hobi serama, SB masih meneruskan R n D secara teliti iaitu pengkhususan kepada baka-baka keramat di reban SB dari tiga line Keramat yang berbeda........mungkin 2014 yg akan datang beberapa positive outcomes akan dapat dilihat ...di musim Bah atau musim Tengkujuh ini, khususnya Bah tahun ini, kita semua menyaksikan terjadinya banjir besar di Negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan terutamanya di Pahang. di mana mangsa banjir di Pahang saja menceceah 39,000 orang..SB juga turut merakam simpati kepada mangsa-mangsa banjir khususnya kepada rakan-rakan serama.......semoga kita semua tabah menghadapi dugaan tahunan ini.....ayam-ayam di reban Sb juga kelihatan tidak berapa aktif mungkin akibat kesejukan dan cuaca yang tidak menentu...entry serama kali ini SB sertakan beberapa keping gambar anak B di reban SB yang juga mempunyai darah Keramat Kubing...anak yang terhasil sebelum ini gandingan dari ibu dan bapak yang sama telah mengeluarkan anak yang agak cantik dan terus di lamar oleh peminat dari Pulau Pinang pada awal tahun ini..itulah uniknya serama, meskipun kita menggunakan ibu dan bapak yang sama, namun anak-anak yang ditetaskan tidak semestinya sama bagi setiap batch...Bapak kepada anak B ini adalah Pluto manakala ibunya adalah Sri Kejora Lady..
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
