Wednesday, December 18, 2013

Ziarah pembiak Keramat di Desa Rahmat




Salam Semua dan Salam 1 Malaysia untuk meraikan kenaikan pelbagai barangan asas dan caj servis di Malaysia............diam tak diam kita mempunyai kurang dua minggu saja lagi untuk melangkah ke tahun baru............sama ada kita melangkah bergaya atau melangkah penuh longlai, nak tak nak 2014 tetap kan menyapa kita dengan segala misteri, azam dan harapannya..........berceloteh bab serama, kesibukan kerja mutahir ini (biasa la hujung-hujung tahun semua nak tutup fail) menyebabkan SB tidak mempunyai banyak masa untuk menziarahi rakan-rakan serama mahupun turun serta ke Bon-Bon yang dianjurkan.....beberapa hari yang lepas SB sempat meluangkan masa sejenak di reban Abekop Desa Rahmat..untuk pengetahuan semua Abekop merupakan orang lama dalam serama ( the unsung hero)  dan meneruskan tradisi membiak dan membela serama sejak belasan tahun lalu...cuma untuk 3 tahun kebelakangan ini.Abekop begitu komited dalam membiak serama dengan memberi pengkhususan hanya kepada baka-baka Keramat....dan tidak mengecewakan pemiliknya, hasil kesabaran dan ketekunan Abekop membiak baka-baka Keramat tersebut berbayar apabila ada saja peminat-peminat yang membeli ayam-ayam keramat dari reban beliau dengan Harga ribuan ringgit bagi seekor......kita doakan dan berharap agar abekop akan meneruskan hobi berserama untuk selama-lamanya....dan sebagai Buah Tangan, Abekop memberikan seekor penjantan Keramat kesayangannya untuk RnD Keramat SB juga......HEHEHE.........HIDUP SERAMA....

No comments:

Post a Comment