Friday, December 30, 2011

For Sale RM 888


Penjantan muda berusia setahun untu dijual.......ayam cutting tinggi,warna kuning bersih..punyai pelepah /lawi yg keras rajin kibas,balung original yg agak cantik.....darah Hussin kijang.......asal dari reban Tok Piah @ Che Mud Baung Pengkalan Chepa.......RM 888.00.....jika berminat sila SMS atau Call 0199767375.....area di kubang kerian kota bharu kelantan..

"Capricorn"


"Capricorn" adalah ayam yang lahir dari gabungan baka Kodik + Mie Bukit.+ submarine...Capricorn kini dijadikan pembaka utama di reban SB...ciri -ciri istimewa baka ini adalah cutting tinggi dan gaya yang aktif di meja pertandingan..

Capricorn was originated from Kodik + Mie Bukit + submarine serama bloodlines....now, it becomes the main cock for breeding in SB's mini farm...SB intends to cross-breed Capricorn with female mate from Merak (Ku Mizan) bloodlines.... shall we wait for the result soon, ok???

ziarah sanak sedara a.k.a ziarah reban serama



Sebulan yang lalu SB berkesempatan melawat reban serama Ustaz Mat Shaari yang terletak di kg Pulau Belacan Panchor Kota Bharu...sebenarnya Ustz Mat adalah orang lama dalam bidang ayam serama namun kini beliau semakin aktif membiak ayam serama setelah lama ditinggalkan..mujur juga SB turut meminati ayam serama kalau tidak mungkin masih tidak meluangkan masa melawati beliau yang juga merupakan sepupu kepada ayah SB...antara baka yang dibiak di reban serama beliau sekarang adalah dari baka Gok Arang dan juga abeman tiong Pasir Hor...

Wednesday, December 28, 2011

ziarah reban bekas pemilik James Bond




Antara koleksi serama di reban serama en Rosdi Pasir Pekan yang merupakan tuanpunya asal kepada ayam bernama James Bond yang kini telah pun berhijrah ke Indonesia dengan bayaran perpindahan sebanyak RM 15,000.00 sahaja tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Tuesday, December 27, 2011

Ayam Abemat Panji




Antara koleksi serama terbaik dari reban Abemat Panji Kota Bharu Kelantan.........

Sunday, December 25, 2011

Sri Pelangi

ibu Sri Pelangi
Sri Pelangi



Sri Pelangi adalah induk muda yang SB beli dari baka geng Serama dari kok Keli ,Tumpat....Sri Pelangi kini berusia 5 bulan......SB bercadang untuk menggandingkan Sri Pelangi dan Pluto satu masa kelak...











Saturday, December 17, 2011

Pluto

This little cockerel with 5 months of age is originated from cikgu zamani Tumpat Serama bloodlines as claimed by the seller of this chick i.e Mr Fauzi from Kok Keli..SB called this little Serama as " PLUTO"..

Sunday, December 4, 2011

Sri Kejora adik kpd Sri Kaning & Srikandi cinta

Sri Kejora

Srikandi cinta milik otai Kamarul

( Sri Kaning)

Sri Kejora adalah ayam berusia tiga bulan lebih yang SB dapatkan dari Otai Kamarul Pdg Bonggor..Sri Kejora merupakan adik kepada Sri Kaning dan srikandi cinta..Sri Kejora belum sihat sepenuhnya dari sakit dan dlm proses pengubatan..SB berharap Sri Kejora akan menyamai gaya dan kecantikan abang dan kakaknya satu hari kelak.


Sri Kejora was bought from otai Kamarul and is a junior to Sri Kaning with the same parental bloodlines..Sri Kejora still unfit and SB is trying hardly to cure its illnes..hopefully one great day Sri Kejora will resembles its senior siblings in style and action..aminnnnnnnnnnnn...

serama din spray melawi


Serama Abedin spray di Melawi Bachok Kelantan.Mengikut abedin ayam rinting di atas berasal dari baka Pok Ya nasi gulai kawah pantai irama Bachok..Ayam yang mempunyai kaki yang panjang dgn warna kaki pink kemerah-merahan...

Saturday, December 3, 2011

ziarah reban Puteri Saadong WCY


Pada 15 November 2011 lalu.Sb sempat meluangkan masa melawat reban serama rinting puteri Saadong yang terletak di Wakaf Che Yeh yg juga tidak jauh dari pejabat SB...empunya reban putri Saadong ini masih muda belia namun telah mempunyai koleksi serama yg menarik dan sedap mata memandang..

Thursday, December 1, 2011

Part II ziarah reban 27.11.2011


Salah seekor ayam Ara Baka Tok Uban yang terdapat di reban serama Andi di Kg Kebakat Wakaf Bharu , Kelantan....Ayam-ayam serama Andi telah berjaya di eksport ke beberapa negara seperti Bahrain, Afrika Selatan dan lain-lain..ayam -ayam bersaiz kecil dgn cutting terkini..Reban Andy adalah reban yang bersih dan kemas...

one of serama cockerel bred in Andy Serama farm situated at Kg. Kebakat, Wakaf Bharu Kelantan..Andy has sucessfully exported his Seramas to several countries such as Baharain and South Africa..

Monday, November 28, 2011

ziarah reban 1 Muharam @ 27.11.2011

Darah Submarine
Baka Cikgu Zaki Tumpat
Salam Maal Hijrah semua..bersempena cuti awal Muharam yang lalu, SB sempat meluangkan masa mengunjungi reban serama encik Kamarul di Padang Bonggor Kota Bharu....Gambar-gambar di atas adalah antara serama terbaik dalam koleksi serama di reban encik kamarul....


Thursday, November 24, 2011

Research n Development 2012


Dua gambar di atas adalah induk yang baru dibeli SB dari din spray Melawi Bachok...mnegikut beliau induk ini yang merupakan pasangan ibu dan anak adalah berasal dai reban serama Pok Ya nasi gulai kawah pantai Irama Bachok, Kelantan..SB menamakan dua ekor induk ini sebagai " Sri Bintang 2" dan juga " Sri Bulan"..induk -induk betina ini yang mempunyai ketinggian yang cukup akan digandingkan dengan dua ekor bapak pembaka SB iaitu "OKI "dan "Falak "yang mempunyai kaki yang agak pendek...kita tunggu kesudahan R n D crossing-bred baka-baka ini kelak.


These two female chickens are coming from Pok Ya Pantai Irama bloodlines..SB intended to cross bred these two hens with our cockerels OKI and FALAK in order to get new generation of chickens with reasonable height and latest cutting of body posture.Sb will update the latest news time to time...

Saturday, November 19, 2011

first product @ "BELANTIK"


Ayam kecil ini adalah produk pertama reban SB yang kini telah pun berumur 45 hari....asal ibu dan bapak anak ayam ini adalah dari reban serama Tok Piah atau Che Mud dari Baung Pengkalan Chepa yang banyak menurunkan baka-baka dari Husin + Limbat semenjak berbelas tahun lampau...

Two pictures above show our first product successfully hatched at SB mini farm...this 45 days aged chick looking fit and healthy....hopefully this little cockerel will grows up without any problem........anyway, we are calling this little cockerel as " Belantik"....


Monday, November 14, 2011

ziarah reban 14.11.2011



Pada hari ini 14/11/2011 SB telah berkunjung sekali lagi ke reban serama Abe Noor di Batu Lada Kuala Krai, Kelantan..........nampaknya ayam serama jantan muda yang dibeli beliau dari Jerteh Terengganu beberapa bulan lps kini bakal menghasilkan anak-anak serama baka baru di reban serama beliau...ayam betina yang digandingkan dgn serama jantan muda ini pula adalah serama dari baka di reban Abe Noor sendiri...tak sabar untuk melihat anak-anak ayam serama gandingan dua ekor serama dari baka terpilih ini kelak......

Today, SB has visited Abe Noor's House located at Kg Batu Lada, Kuala Krai, Kelantan .......... It seems that a young cockerel he bought from jerteh ,Terengganu few months ago will produces new chicks when it had been coupled with a hen from his own bloodline....


Friday, November 11, 2011

ziarah reban 11.11.2011



Assalamualaikum.....hari ini 11.11.2011 SB telah meluangkan masa melawat reban serama seorang "orang lama" bidang ayam serama ini....tak sangka rupanya beliau menyimpan beberapa ekor ayam yang cantik dan agak bergaya di pandangan mata SB....sungguhpun demikian........beberapa ayam kategori remaja dan anak B tersebut tidak ditonjolkan untuk tatapan umum di reban beliau, namun SB beruntung kerna beliau sudi menunjukkan beberapa ekor ayam dalam simpanan beliau yang di letakan di dalam rumah.......gmbr di atas adalah bapak dan induk betina yg byk berjasa menghasilkan ayam-ayam serama yang cantik dan bernilai ribuan ringgit....

Tuesday, November 8, 2011

Latest picture of Venus vs- Zuhal


Nothing more to share....juz updating SB blog.........attached herewith latest pictures of our Venus and Zuhal 4 months and 8 months of old each.....SB is planning to locate Zuhal with new female mate sooner...

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Korban

Bersempena kedatangan AidilAdha ini .........SB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya AidilAdha........maaf zahir dan batin andai ada silap salah semasa berblog ni.......semuga segala pengorbanan diredhai Allah Taala hendaknya......maju serama untuk Malaysia......Salam AidilAdha........

Monday, October 17, 2011

first product

Thanks to Allah for this newly hatched chick in SB's mini serama farm...Although Yuyu has successfully hatched a single chick but it has triggered us to become more motivated n passionate towards this hobby.This single chick is the 1st offspring of ORI, hence become our first chick bred in our farm...Hopefully this 5 days chick will inherits all its father's styles n accessories especially "rattled head"....

Saturday, September 24, 2011

Info Serama : volume 2

Sambungan dari kolum yang lepas……..

B…PILIH BENTUK TUBUH IDEAL

Ada tiga bentuk ideal ayam serama. Bila diukur, tinggi ayam serama bersusuk pendek hanya sejengkal telapak tangan orang dewasa atau sekitar 15-20 cm. Bentuk badan ayam serama dibezakan berdasarkan lebar dan tinggi tubh. Bentuk tersebut adalah langsing (slim), bulat seperti bola ( ball) atau epal dan ideal. Bentuk badan tersebut masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan, disebut jenis slim atau tipis bila lebar badan ayam 25% lebih dari ketinggiannya.

Ayam serama kelihatan tinggi badannya kerana kaki dan leher panjang. Umumnya , serama jenis slim berbulu tipis sehingga lekuk tubuh jelas kelihatan. Jenis slim disukai kerana ia lincah dan menarik.

Ayam serama jenis epal memiliki bentuk badan dengan kelebaran tubuh melebihi 60% dibandingkan dengan ketinggiannya, penampilan tampak sangat pendek dan benar-benar berbentuk bulat. Oleh kerana begitu bundar , kaki pendeknya seolah-olah tidak kelihatan kerana ditutupi sayap yang menjuntai agak ke belakang. Biasanya , ayam serama berbentuk bulat mempunyai dada super busung dan lebar.

Jenis serama ideal banyak dicari para penggemar ayam serama. Jenis ini mempunyai bentuk tubuh dengan perbandingan kelebaran tubuh 40-50-% lebih panjang dari ketinggiannya. Dengan susuk tersebut, serama ideal kelihatan lebih padat.Kakinya tidak terlalu pendek sehingga tepat dengan ukuran tubuhnya. Tonjolan dada kelihatan seimbang dengan kemampuan leher ditekuk ke belakang dan ekor pedang tegak lurus dengan sempurna.

Selain bentuk, ayam serama mempunyai beraneka warna. Inilah kelebihan lain ayam serama dibandingkan dengan ayam katik Poland, ayam kapas atau ayam batik. Corak warna tubuhnya bervariasi, mula dari putih ( silver white), hitam ( black Russian), coklat (brown), bintik-bintik (molted), sehingga warna kombinasi seperti merah hitam ( red jungle), coklat merah ( brown red), hitam belang putih ( blacktailed white) atau kelabu ( cuckoo)..

Sumber: buku “ Ayam Serama” oleh Jerry Hermawan , LO..

Wednesday, September 21, 2011

Info Serama

KENALI STRUKTUR BADAN AYAM SERAMA

Secara umumnya, penampilan ayam serama kecil, bulat, padat, aktif, jinak dan berdiri dengan penuh keanggunan. Bila ditarik garis vertical, sebaiknya paruh agak jauh ke belakang.

a) Balung dan kepala ( comb and head)

Bentuk dan ukuran kepala perlu diperhatikan agar ayam serama tampil menawan.ukuran kepala harus tepat dengan badannya, jangan terlalu kecil atau besar. Kepala kea rah belakang dalam sehingga menunjukkan kesan angkuh. Ukukran balung pun sebaiknya disesuaikan dengan bentuk kepala.Balung sihat bertanda merah cerah.Pangkal (base) harus kuat, kukuh dan lebarnya seimbang/ sama tinggi dengan serit. Helai (blade) sebaiknya melebihi bahagian akhir kepala. Anting ( ear lobe) telinga kecil berbentuk oval. Pial ( wattles) melengkung seimbang atau berbentuk oval (bukur) tanpa lekukan atau kedutan. Wajah (face) bulat kecil dan bebas dari bulu. Paruh (beak) pendek melengkung. Hidung( nostril) bebas / tidak tersumbat. Mata (eye) bulat menonjol. Smentara kuping (ear) kecil.

b) Leher ( neck)

Panjang leher sedang, tegap, kepala terangkat dan tertarik ke belakang sehingga bahu seolah-olah ditutupi dada. Posisi terbaik adalah saat kepala selau menyentuh ekor utama ( main sickles).

c) Bulu leher (huckle)

Bila dilihat dari tepi, bulu leher tampak condong diagonal ke bawah. Bila dilihat dari depan pula, bulu leher seperti huruf A tanpa menutupi dada. Bulu leher besar, meruncing halus, lebat dan panjang terurai ke bahu, serat mengelilingi leher sehingga ke depan. Lalu menutupi bahu.Bulu sadde ramping melengkung berbentuk pedang menggantung, berakhir di atas perut dan menutup/menyebar ke belakang,melebihi ekor serta menggantung di pinggang.

d) Ekor ( tail)

Ekor ayam serama lebih baik jika dibandingkan dengan ayam katik Jepun kerana posisi tegak lurus ke bbelakang dan selalu menyentuh kepala. Bila dilihat dari belakang, ekor seperti huruf A., sementara itu,atas ekor kelihatan simetrik dan sisi mekar sempurna. Ekor utama( main tail) lebar dan tingginya melebihi kepala. Ekor pedang (main sickles) serama cukup panjang, kuat kukuh, tegak,lurus dan melengkung ramping seperti pedang.Bulu pinggang ( lesser sickles) menyebar baik dengan ukuran sederhana, ramping, tegak , lurus, bulu melengkung seperti pedang dan menutupi bulu convert.

e) Punggung ( back)

Punggung hendaklah kelihatan sangat pendek. Jarak antara kepala dan ekor sangat dekat dan membentuk huruf “V” yang tersembunyi di sebalik bulu pada bahagian atas badan, coverts dan hackle. Bila dilihat dari atas, punggung tampak lebih sempit/rata berbandng lebar bahunya.

f) Sayap ( wings).

Sayap besar, panjang dan selalu tegak lurus ke bawah sehingga menyentuh lantai serta menutupi kaki. Bulu primer lebar, agak panjang dan sebahagian tertutup oleh sekunder.Bulu dalam (secondaries) panjangnya sedang, luas serta meruncing cembung bahagian belakangnya.Jika pada sayap utama terdapat tampalan sayap,sayap robek atau bulu yang tergulung, maka sayap dikatakan tidak sempurna.sayap yang dipotong tidak diterima kerana itu menandakan bahawa kakinya terlalu pendek atau badannya tidak sempurna.

g) Dada

Dada serama hendaklah terangkat,lebar,gempal,maju ke depan melebihi garis vertical diukur dari paruh. Alur garis dari kepala,leher, menuju dada membentuk huruf “S”.

h) Badan dan punggung ( body and stern)

Badan serama hendaklah pendek dengan ukuran dan ketebalan yang baik serta kelihatan melekuk landai dari tubuh bahagian depan hingga punggung. Punggung kelihatan bagus,berbulu halus,kecil padat dan berisi.

i) Kaki dan Jari –jari kaki ( legs and toes)

Kaki umumnya panjang,bersih, sejajar , tidak bengkok dan tepat.Peha lebih kecil, pendek dan berisi. Tulang kering berukuran pendek, bulat dan tersusun rapi. Jari-jari kaki berjumah empat, agak panjang, lurus dan berukuran seimbang. Kaki yang terlalu pendek,kurang panjang,terlalu tebal atau kurus juga kurang baik.

Sumber dipetik dari buku “ Ayam Serama”-Jerry Hermawan LO-

Sunday, September 11, 2011

Gambar terkini scorpio n zuhal


Salam Lebaran semua...........saja di sini disertakan beberapa pic terbaru scorpio ( gambar atas) dan zuhal si rinting emas.....Alhamdulillah dua ekor ayam ni sihat n makin membesar utk dijadikan pembaka di reban SB bagi menghasilkan anak-anak warna kuning dan juga rinting emas.insyallah....

Wednesday, August 17, 2011

ziarah reban 13.8.2011


Pada 13.8.2011 lalu SB sempat berkunjung pertama kali ke reban serama Otai Kamarul yang terletak di belakang kedutaan thailand kota bharu kelantan....Kamarul telah memulakan minat terhadap ayam serama semenjak tahun 1998 lagi dan beliau telah mengikuti pelbagai pertandingan sebagai pemerhati..ayam di dalam koleksi beliau juga tidak kurang hebatnya..ternyata banyak juga tips-tips berguna yang diajar kepada SB...terima kasih tak terhingga kepada encik Kamarul di atas ilmu dan juga buah tangan..

Wednesday, August 10, 2011

VENUS

Anak Jantan berusia sebulan ini SB beli dari reban encik noor kg batu lada kuala krai...SB beli ayam ini utk menambahkan koleksi ayam warna ara dlm reban SB.

This one month junior cockerel was bought by SB from encik noor mini serama farm located at kg batu lada kuala krai kelantan.SB is trying to get various colours serama collections for certain reasons.This junior cockerel already shows his own style while placing on top of training table..

Sunday, August 7, 2011

Ayam milik abenor batu lada K.krai


Pada 7.8.2011, alang -alang berada di kuala Krai untuk satu kes Mahkamah, SB telah singgah di rumah kawan lama SB iaitu Abang Noor di Kampung Batu Lada belakang zoo Kuala Krai untuk berkunjung dan melihat ayam serama dalam simpanan beliau..Abg nor kini mempunyai banyak masa yang terluang setelah bersara dari jawatan kerajaan dapat menumpukan perhatian pada membiak serama.Ayam dalam gambar baru dibeli beliau dgn harga Rm1500 dari sorg otai d Dungun Terengganu bbrp bulan lps..nampak gayanya ayam yg dibeli kini semakin galak d atas meja.

on 7.8.2011 SB spent several hours at abang Noor mini serama farm at Kampung Batu Lada Kuala Krai Kelantan..Abang Noor used to bred serama for past seven years ago.this very humble man now focusing on crossing bred with several famous serama bloodlines...This young cockerel in pictures was bought by abang noor from Dungun Terengganu for RM1500.00 two months ago..hopefully abang nor ( a pensioner) got more times towards this hobby.

Friday, August 5, 2011

ECAH si induk muda

Salam Ramadan buat semua.....sekadar nak update blog..........ni gambar terkini "Ecah" yang bakal menjadi antara induk muda utama di reban SB.....beberapa minggu lps SB mendapati telur2 yang dieram oleh "Meck" iaitu seekor lagi induk di reban SB gagal menetas kerna benih yang kurang matang oleh gandingan jantannya iaitu "ORI"..skrg ni SB telah menukar pasangan Meck kepada "Marikh" iaitu pembaka Ara...