Saturday, September 24, 2011

Info Serama : volume 2

Sambungan dari kolum yang lepas……..

B…PILIH BENTUK TUBUH IDEAL

Ada tiga bentuk ideal ayam serama. Bila diukur, tinggi ayam serama bersusuk pendek hanya sejengkal telapak tangan orang dewasa atau sekitar 15-20 cm. Bentuk badan ayam serama dibezakan berdasarkan lebar dan tinggi tubh. Bentuk tersebut adalah langsing (slim), bulat seperti bola ( ball) atau epal dan ideal. Bentuk badan tersebut masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan, disebut jenis slim atau tipis bila lebar badan ayam 25% lebih dari ketinggiannya.

Ayam serama kelihatan tinggi badannya kerana kaki dan leher panjang. Umumnya , serama jenis slim berbulu tipis sehingga lekuk tubuh jelas kelihatan. Jenis slim disukai kerana ia lincah dan menarik.

Ayam serama jenis epal memiliki bentuk badan dengan kelebaran tubuh melebihi 60% dibandingkan dengan ketinggiannya, penampilan tampak sangat pendek dan benar-benar berbentuk bulat. Oleh kerana begitu bundar , kaki pendeknya seolah-olah tidak kelihatan kerana ditutupi sayap yang menjuntai agak ke belakang. Biasanya , ayam serama berbentuk bulat mempunyai dada super busung dan lebar.

Jenis serama ideal banyak dicari para penggemar ayam serama. Jenis ini mempunyai bentuk tubuh dengan perbandingan kelebaran tubuh 40-50-% lebih panjang dari ketinggiannya. Dengan susuk tersebut, serama ideal kelihatan lebih padat.Kakinya tidak terlalu pendek sehingga tepat dengan ukuran tubuhnya. Tonjolan dada kelihatan seimbang dengan kemampuan leher ditekuk ke belakang dan ekor pedang tegak lurus dengan sempurna.

Selain bentuk, ayam serama mempunyai beraneka warna. Inilah kelebihan lain ayam serama dibandingkan dengan ayam katik Poland, ayam kapas atau ayam batik. Corak warna tubuhnya bervariasi, mula dari putih ( silver white), hitam ( black Russian), coklat (brown), bintik-bintik (molted), sehingga warna kombinasi seperti merah hitam ( red jungle), coklat merah ( brown red), hitam belang putih ( blacktailed white) atau kelabu ( cuckoo)..

Sumber: buku “ Ayam Serama” oleh Jerry Hermawan , LO..

No comments:

Post a Comment