Friday, May 17, 2013

Ayam milik seorang rakan dari baka Keramat......








Salam semua...........sekadar mengemaskini Blog dan sedikit sumbangan untuk memeriahkan kembali Hobi berserama yang diketahui kini semakin hari semakin suram di kalangan masyarakat Malaysia..ramai juga di kalangan rakan-rakan serama sudah menutup reban serama masing-masing dan beralih arah ke hobi lain.apa-apa pun pilihan di tangan masing-masing dan perlu disedari juga di suatu sudut, masih ramai Peminat dan pembiak tegar ayam serama sebagai hobi yang sudah sebati dengan jati diri mereka........mereka inilah juga sentiasa setia bersama serama walau hujan, kemarau, atau tsunami melanda.......antaranya seorang rakan SB ini yang telah membiak serama sejak tahun 90an lagi hingga kini......di sini disertakan gambar-gambar ayam serama di reban beliau........

Thursday, May 9, 2013

serama-serama huduh di reban SB






Salam bulan Rejab semua............tiada apa yang menarik untuk SB kongsikan di entry kali ini...cuma bertujuan mengemaskakinikan blog , SB sertakan beberapa ekor ayam di reban SB.....ayam biasa-biasa saja.....

Tuesday, April 16, 2013

Baka baru 2013 SB




Assalamualaikum dan salam 1serama semua.....untuk entry kali ini SB ingin berkongsi gambar induk muda bakal pembaka baru di reban SB yang SB dapatkan dari reban Abenor Kuala Krai...Ibu kepada induk muda ini adalah berasal dari reban Bahar Serama Awang Selamat hasil gandingan bapak Golden Army + Induk Keramat...kemudian induk tersebut telah digandingkan dengan penjantan di reban Abenor dari baka Messol rejek.....manakala gambar Anak Jantan B pula adalah hasil breeding reban SB sendiri iaitu gabungan baka Kubing Keramat Brutal Bro+ Induk Kijang+ Kubing Lie Pauh 5+ Keramat 10.....bila besar nanti SB akan jadikan Anak B ini antara Pembaka Utama di reban SB rentetan dari darah baka-baka yang hebat di dalam dirinya.....in sha Alllah......sama-samalah kita nantikan.......

Sunday, March 17, 2013

Anak PLuto


Ayam muda di reban SB....hasil gandingan pembaka pluto dari baka cikgu zamani vs induk selam dari baka kijang pokman.....ayam yg berperangai dgn gaya kibas, lonjak dada,tarik dan lock......utk d jual pada yg berminat pada harga murah murah sahaja....

Sunday, March 10, 2013

Serama: Anak Pluto 2013...


Hasil breed d reban SB dari Pembaka Pluto ( Cikgu Zamani Tumpat) cross + Induk Kijang Kubing ( Cikgu Zaki Tumpat+ Kubing Keramat Brutal Bro + Kijang Pokman........keluarlah anak B yg tak seperti mana ini.....byk lg yg perlu d upgrade olh SB.......