Wednesday, October 22, 2014

Ziarah Reban Otai Adi Dewan Beta di Hari Diwali







Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..........

untuk entry kali ini SB ingin menyatakan bahawa kekangan masa dan kesibukan kerja mutakhir ini menyebabkan SB agak membataskan waktu untuk melawat reban serama kawan-kawan............rasanya sudah lama sangat SB tidak berbuat demikian.

Namun Syukur ke Hadrat Illahi, di kesempatan hari ini 22/10/2014, bersempena cuti umum Deepavali, SB dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, pagi tadi sempat singgah untuk menziarahi reban otai Adi di Kampung Dewan Beta.

Otai Adi, atau juga dikenali sebagai Ustaz Adi sudah hampir masuk tahun ke-3 berkecimpung dalam hobi berserama ini walaupun beliau juga agak sibuk berulang-alik Kelantan-Kuala Lumpur.

Dalam jangka masa 2-3 tahun ini, Otai Adi sudah banyak melaburkan wang ringgit untuk mendapatkan baka-baka serama terbaik dan terkini. Terdapat berbelas ekor penjantan yang digunakan Otai Adi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Semoga usaha otai Adi dalam berserama berbaloi dan dapat digandingkan bersama-sama dengan otai-otai yang lain...In Sya Allah.

Bagi sesiapa yang ingin melawat atau bersilaturahim dengan otai Adi bolehlah berkunjung ke mini farm beliau di Kampung Dewan Beta tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Dewan Beta........

SB sungguh bertuah kerana di akhir pertemuan tadi,Otai Adi memberikan 3 induk muda dan seekor Jantan kepada SB secara percuma sebagai tanda persahabatan........Jazakalluhukhairan Ya Ustaz...

-------------------------------------------------------------
Terbang Si Rama-Rama Bersama Burung Candik
Orang bagi ayam serama, cepat-cepat kita ambik.

Makan Nasi Putih Berlaukan  Ikan Keli
Kalau ada lagi lain kali saya pergi lagi.

hehehehehe.....................