Tuesday, March 29, 2011

berita sedih

salam......pada 28hb Mac lalu SB balik ke rumah setelah beberapa hari di KL...namun alangkah terkejutnya sesampainya SB di rumah lebih kurang jam 1 pagi SB mendapati induk jantan reban SB iaitu oren dan pasangannya telah tiada dalam sangkarnya.....sehingga kini kehilangan oren masih belum terjawab....SB reda saja dengan ketentuan Illahi ini...sekarang ni bercadang nak cari ganti...nk cari induk betina muda untuk pembakaan utama di reban SB nanti...mudah-mudahan.

Saturday, March 26, 2011

kerja-kerja menyiapkan reban serama pd march 2011



Friday, March 25, 2011

serama terbiar..

salam....SB sekarang ni berada di KL untuk beberapa hari..jadi ayam-ayam di reban SB terpaksa pindah sementara ke rumah kakak utk jagaan sementara..keadaan cuaca sepanjang perjalanan SB ke Kuala Lumpur boleh dikatakan hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu -KL melalui Gua Musang...walaupun jasad d KL namun hati tetap teringat kat ayam-ayam SB di Kelantan sana...muga semua ayam SB dalam keadaan sihat walafiat...amin...

Monday, March 21, 2011

oren


ayam yang dinamakan oren.....beli dari seorang kawan yang pernah dulunya aktif dalam Kelab Ayam Serama Kelantan ( Kerisma) dua bulan yang lalu......sekarang ini induk betina yang digandingkan dengan oren sudah pun bertelur.

Sunday, March 20, 2011

ORI


ayam berasal dari baka Tok Piah Pengkalan Chepa yang saya namakan Ori.......umur baru sebulan lebih......sudah ada perangai kepala ketar........harap ayam ini bakal menjadi baka yang baik di reban saya kelak..mudah-mudahan...

OKI


ini ayam serama permulaan saya ......saya bagi nama oki......masih remaja dan jauh lagi dari kesempurnaan untuk dibawa bertanding...namun semasa saya beli ayam ini ,pemilik asal ayam ini ada memaklumkan bahawa ayam ini pernah memenangi pertandingan kategori anak di Kota Bharu, Kelantan

salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.......saya merupakan pendatang baru dalam bidang penternakan ayanm serama ni walaupun pernah membela dan membiak ayam serama lebih kurang Dua Puluh tahun yang lampau.......sejak akhir-akhir ni minat membela ayam serama kian berpupuk untuk dijadikan sebagai hobi masa lapang ..semuga jua ikatan silaturahim dapat dieratkan sesama peminat ayam serama.....sekian....