Sunday, November 24, 2013

2014 is coming





Salam............sebulan saja lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita dan muncul pula 2014..............begitulah kehidupan ini.........yang datang akan pergi dan yang pergi akan menjadi sejarah dan kenangan.....bercakap berkenaan hobi serama...........bagi projek 2014 SB meneruskan r n d yang masih belum siap........Jadi untuk itu SB hanya menggunakan baka-baka sedia ada di reban SB dan masih belum bercadang membawa masuk player-player import baru bagi Liga Serama 2014....ayam-ayam dalam gambar di atas adalah adik beradik bukan setelur dan tidak sekandung. gambar dua terakhir bawah anak- anak dari ibu yang sama namun bapak yang berlainan.....sekian.....

Thursday, November 14, 2013

R n D Keramat Tiga

                   Gabungan Induk dari bloodline Keramat Bahar ,Abenor Krai + Kubing Keramat BB....

               Induk dari baka Keramat Yuza / Abekop
               Induk dari baka Kubing Keramat BB
Salam 10 Muharam semua.......kita juga sudah memasukki musim tengkujuh di mana hujan kerap turun dan keadaan cuaca yang selalu berangin....ayam di reban SB juga sudah ada yg kelihatan tak berapa sihat dan memerlukan penjagaan yang lebih nanti.........bercakap tentang Research n Development di reban SB yang masih berjalan......setelah hampir tiga tahun kini SB telah memasukki level yang kedua dan ketiga dalam R n D baka-baka keramat yang mana SB namakan sebagai Projek Keramat Tiga........Projek Keramat Tiga adalah projek R n D SB menggunakan pembaka-pembaka teras dari gabungan tiga baka Otai Keramat Haji Iskandar Johar yang SB dapatkan dari tiga reban kawan-kawan seserama iaitu Kubing Keramat Brutal Bro, ( line Kubing)  Keramat Yuza/ Abekop Desa Rahmat ( line Aduka ) dan juga Keramat Bahar Awe Selamat ( line Golden Army's family)  yang SB dapatkan dari Abenor Bt Lada. SB juga sekarang ini dalam stage kedua dan ketiga bagi mengstabilkan darah-darah baka Submarine Mat Yar yang telah DIKERAMATKAN........hehehe..sama-sama la kita tgk hasilnya nanti....harap-harap menjadi la...

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435 hijri



Hari ini tahun 1434 Hijiriah bakal melabuhkan tirainya dan bermulalah lembaran baru tahun baru awal Muharam 1435 Hijriah..........Kita juga telah memasukki bulan November iaitu bulan-bulan terakhir bagi tahun masihi 2013..............Dalam berserama SB lihat hobi ini semakin rancak dengan pelbagai pertandingan di anjurkan di seluruh tanah air....semalam kita baru saja menyaksikan pertandingan di Kuala Lumpur....tahniah kepada semua peserta yang menang atau yang belum menang.........untuk entry kali ini SB ingin berkongsi ayam-ayam SB yang biasa-biasa..........induk-induk muda dari bloodlines Kijang dan Si jantan pinang masak dari bloodline SubMarine MatYar yang SB namakan sebagai Star Cruise Junior......