Wednesday, December 18, 2013

Ziarah pembiak Keramat di Desa Rahmat




Salam Semua dan Salam 1 Malaysia untuk meraikan kenaikan pelbagai barangan asas dan caj servis di Malaysia............diam tak diam kita mempunyai kurang dua minggu saja lagi untuk melangkah ke tahun baru............sama ada kita melangkah bergaya atau melangkah penuh longlai, nak tak nak 2014 tetap kan menyapa kita dengan segala misteri, azam dan harapannya..........berceloteh bab serama, kesibukan kerja mutahir ini (biasa la hujung-hujung tahun semua nak tutup fail) menyebabkan SB tidak mempunyai banyak masa untuk menziarahi rakan-rakan serama mahupun turun serta ke Bon-Bon yang dianjurkan.....beberapa hari yang lepas SB sempat meluangkan masa sejenak di reban Abekop Desa Rahmat..untuk pengetahuan semua Abekop merupakan orang lama dalam serama ( the unsung hero)  dan meneruskan tradisi membiak dan membela serama sejak belasan tahun lalu...cuma untuk 3 tahun kebelakangan ini.Abekop begitu komited dalam membiak serama dengan memberi pengkhususan hanya kepada baka-baka Keramat....dan tidak mengecewakan pemiliknya, hasil kesabaran dan ketekunan Abekop membiak baka-baka Keramat tersebut berbayar apabila ada saja peminat-peminat yang membeli ayam-ayam keramat dari reban beliau dengan Harga ribuan ringgit bagi seekor......kita doakan dan berharap agar abekop akan meneruskan hobi berserama untuk selama-lamanya....dan sebagai Buah Tangan, Abekop memberikan seekor penjantan Keramat kesayangannya untuk RnD Keramat SB juga......HEHEHE.........HIDUP SERAMA....

Saturday, December 14, 2013

Ibu dan anak -vs-nenek dan cucu

                                             1
                                              2
                                                2
                                              3
                                              3
                                               4



Salam semua..........untuk entry kali ini SB ingin berkongsi gambar serama biasa-biasa di reban SB dari tiga generasi tapisan...untuk gambar satu dan dua di atas adalah antara ibu dan anak di mana yang jantan (pic 1) merupakan anak kepada induk betina ( pic 2)...........induk berasal dari reban abenor batu Lada dari kacukan keramat Bahar Awe Selamat (golden army's family) dan Rejek Messo............manakal pic 3 dan 4 pula merupakan gabungan dua generasi iaitu cucu dan nenek di mana induk (pic 3= Sri Pelangi) merupakan nenek kepada ara jantan ( pic 4 ) dari darah Kijang Pok Man dan juga Kubing Keramat Brutal bro....

Friday, December 6, 2013

Cabaran BerSerama di Musim Tengkujuh



Salam semua.......kita kini telah berada di Bulan Disember............bulan terakhir dalam kalendar Masihi sebelum kita melangkah ke Tahun baru tahun 2014......selangkah ke tahun baru bermakna bertambah jua usia kita......harap kita semua panjang umur dalam kebajikan dan kebaikan.........bercakap tentang hobi serama, SB masih meneruskan R n D secara teliti iaitu pengkhususan kepada baka-baka keramat di reban SB dari tiga line Keramat yang berbeda........mungkin 2014 yg akan datang beberapa positive outcomes akan dapat dilihat ...di musim Bah atau musim Tengkujuh ini, khususnya Bah tahun ini, kita semua menyaksikan terjadinya banjir besar di Negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan terutamanya di Pahang. di mana mangsa banjir di Pahang saja menceceah 39,000 orang..SB juga turut merakam simpati kepada mangsa-mangsa banjir khususnya kepada rakan-rakan serama.......semoga kita semua tabah menghadapi dugaan tahunan ini.....ayam-ayam di reban Sb juga kelihatan tidak berapa aktif mungkin akibat kesejukan dan cuaca yang tidak menentu...entry serama kali ini SB sertakan beberapa keping gambar anak B di reban SB yang juga mempunyai darah Keramat Kubing...anak yang terhasil sebelum ini gandingan dari ibu dan bapak yang sama telah mengeluarkan anak yang agak cantik dan terus di lamar oleh peminat dari Pulau Pinang pada awal tahun ini..itulah uniknya serama, meskipun kita menggunakan ibu dan bapak yang sama, namun anak-anak yang ditetaskan tidak semestinya sama bagi setiap batch...Bapak kepada anak B ini adalah Pluto manakala ibunya adalah Sri Kejora Lady..