Friday, December 6, 2013

Cabaran BerSerama di Musim Tengkujuh



Salam semua.......kita kini telah berada di Bulan Disember............bulan terakhir dalam kalendar Masihi sebelum kita melangkah ke Tahun baru tahun 2014......selangkah ke tahun baru bermakna bertambah jua usia kita......harap kita semua panjang umur dalam kebajikan dan kebaikan.........bercakap tentang hobi serama, SB masih meneruskan R n D secara teliti iaitu pengkhususan kepada baka-baka keramat di reban SB dari tiga line Keramat yang berbeda........mungkin 2014 yg akan datang beberapa positive outcomes akan dapat dilihat ...di musim Bah atau musim Tengkujuh ini, khususnya Bah tahun ini, kita semua menyaksikan terjadinya banjir besar di Negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan terutamanya di Pahang. di mana mangsa banjir di Pahang saja menceceah 39,000 orang..SB juga turut merakam simpati kepada mangsa-mangsa banjir khususnya kepada rakan-rakan serama.......semoga kita semua tabah menghadapi dugaan tahunan ini.....ayam-ayam di reban Sb juga kelihatan tidak berapa aktif mungkin akibat kesejukan dan cuaca yang tidak menentu...entry serama kali ini SB sertakan beberapa keping gambar anak B di reban SB yang juga mempunyai darah Keramat Kubing...anak yang terhasil sebelum ini gandingan dari ibu dan bapak yang sama telah mengeluarkan anak yang agak cantik dan terus di lamar oleh peminat dari Pulau Pinang pada awal tahun ini..itulah uniknya serama, meskipun kita menggunakan ibu dan bapak yang sama, namun anak-anak yang ditetaskan tidak semestinya sama bagi setiap batch...Bapak kepada anak B ini adalah Pluto manakala ibunya adalah Sri Kejora Lady..

No comments:

Post a Comment