Monday, January 2, 2017

Serama and New Year 2017

                            Induk SG line Pokdean + Li Daging asal reban Aiman Serama Utara
                               SGS and the Geng..........



                             Pembaka asal reban Akiat dibeli masa anak B
                                     Kacukan SG vs Edy Bola

Salam Semua seramamania di seluruh Dunia.........Selamat Tahun Baru 2017...kita kini sudah pun menjejakkan kaki ke tahun baru iaitu tahun 2017..bila masuk saja tahun baru, bermakna usia kita semakin bertambah dan semakin dekat kita kepada saat ajal kita semua...bersedialah kita semua.

Tahun 2017, bermakna ia merupakan tahun ke-8 SB dalam arena berserama ini..dari permulaan hanya tertarik dengan sepasang serama yang dilihat di rumah rakan kongsi biz SB di Mengkebang Kuala Krai pada tahun 2010, SB kemudian membeli sepasang serama pada harga sekitar rm80.00 di kedai Pet Shop.

namun, SB telah dicabar oleh isteri  tersayang bahawa ayam yang SB beli tu bukanlah ayam serama tetapi jenis kapan,bermula dari situlah pencarian SB dalam arena serama bermula dimana SB membeli seekor anak B di rumah rakan lama SB sejak sekolah yg SB ingat ayah beliau memelihara serama pada harga             RM 500.00.

ternyata takdir Tuhan telah menentukan jatuh hati SB pada makhluk kecil ini menyebabkan SB merasa tidak puas dengan ayam yang dibeli menyebabkan SB terus membeli dan membeli hingga mencecah ribuan RM bagi seekor ayam.

sehingga kini, SB telah membeli/ JV ayam dari pelbagai, negeri ,Baka dan reban..dan ternyata pencarian masih belum bernokhtah, tahun 2016 menyaksikan SB masih membawa masuk baka-baka baru dari pelbagai reban....inilah yang dikatakan "gila ko maine" dalam dialek Kelate...hehehehe...

Tahun 2017 dikatakan  tahun oenuh cabaran dimana kemelesetan ekonomi akan berlaku di Negara kita khususnya dan Dunia amnya...Namun, di sebalik masalah selalunya ada peluang, bagi yang pandai mengambil kesempatan itu.

bila berlakunya kejatuhan nilai mata wang RM, ia telah menyebabkan kuasa beli negara luar menjadi besar, perkara ini amat baik dari segi urusan eksport dan juga pelancongan.

begitu juga perihalnya dengan ayam serama, seandainya anda berjumpa peluaag untuk eksport serama anda ke Negara Luar, masalah ekonomi anda akan bertukar menjadi peluang menjana ekonomi pula..tapi pandai-pandaila..jangan Serama menjadi bebanan kepada anda pula....Peace Yo..

......baka direban TRW, SG,Keramat,Akiat,EdyBola,Kijang,W.Motel,Submarine....



Saturday, December 3, 2016

Bon Serama: Hang Jebat -vs- Hang Tuah

                                     BOTB

Salam semua, kita kini sudah menghampiri Penghujung Tahun 2016, beberapa hari saja lagi kita semua akan menempuh tahun baru iaitu tahun 2017.

semakin hujung tahun, dunia serama semakin meriah dengan pelbagai anjuran bon-bon serama oleh kelab -kelab serama di pelusuk tanah air. Sabtu lalu baru saja berlangsungnya Bon Serama di Melaka yang dianjurkan oleh Grup GTS yang dipelopori oleh beberapa otai muda dari Melaka dan juga SIngapura.

sesunggunya penganjuran bon ini, sangat menarik dangan pelbagai hadiah dan tropi kemenangan yang sangat menarik serta lain dari yang lain.moga pada masa mendatang, bon-bon berkualiti tinggi seperti ini dapat diperbanyakan lagi demi kelangsungan dan kemeriahan hobi berserama....Insya Allah......

Tuesday, November 15, 2016

Super Moon -vs- Super Serama

                                                   Golden Starion satu ibu dengan SGS
                                                    ibu anak A ini merupakan ibu kepada bapa SGS
                                          Plak Starion............original Akiat


Salam semua.Salam Seramamania kepada peminat serama di seluruh dunia, beberapa hari yang lalu seluruh dunia dikejutkan ddan begitu teruja dengan kemunculan Super Moon..iaitu satu fenomena bulan hampir dengan bumi dan dapat dilihat pada size yg lebih besar daripada biasa.. Fenomena ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan ianya dikatakan akan  berlaku semula pada belasan / puluhan tahun akan datang..jika usia masih panjang, mungkin kita semua berkesempatan untuk melihat kehadiran Super Moon buat sekali lagi.

Dalam bab serama, bagi SB , Super Moon dan Super Serama tiada jauh bezanya, manakan tidak, sekiranya di reban kita lahir seekor Serama berkategori Super Serama, mungkin ianya hanyalah sekali itu saja dan kebarangkalian untuk seekor Super Serama lahir sekali lagi di reban kita adalah satu penantian yang amat menyiksakan.

bagi SB, tahun 2017 bermakna, SB melangkah ke tahun yang ke-8 dalam arena serama ini..diam tak diam, masa berlalu begitu pantas meskipun SB merasakan bahawa SB masih merupakan seorang pendatang baru dalam hobi ini.

Dalam hal Super Serama ini, SB rasa masih belum adala seekor pun ayam yang lahir di reban SB yang boleh dikategorikan sebagai Super Serama, dan SB tidak pasti sampai bilakah penantian ini akan berakhir, benarlah bahawa Manusia merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah itulah yang terbaik bagi kita semua....Jadi, SB kena bersabar lagi dan lagi dan lagi dan lagi.....hehehehe...

Post Pic ayam di atas adalah anak-anak dari Pembaka PLAK Starion.Pembaka PLAK Starion adalah merupakan ayam yang berasal dari Kedah dari reban tersohor di Kedah....Pembaka P.S ini SB gandingkan dengan induk-induk dari line SG yang telah lama dibiak di reban SB.....Moga satu masa kelak, Super Serama juga akan muncul di reban SB..InsyaAllah...


Monday, October 3, 2016

Upgrading Keramat Serama Bloodlines

                       Pembaka Pinjam dari reban otai Abekop Batik Taman Sabariah, Pembaka Keramat titihan keluarga Aduka + Akiat..




Salam Semua Seramamania di Seluruh Pelusuk dunia, sedar tak sedar kita sudah memasukki Bulan Oktober, bila masuk saja bila Oktober, kita sudah boleh merumuskan bahawa kita sudah berada di Penghujung tahun 2016, lebih kurang 3 bulan saja lagi kita akan memasukki tahun 2017. Bagaimanakah keaadaan kesihatan kita semua.bagaimanakah keadaan Iman dan taqwa kita semua?.Bagiamanakah keadaan kesihatan kewangan kita semua.Tahun 2017 dikatakan tahun kemuncak kemelesetan ekonomi global khususnya ekonomi Malaysia.

Bercakap tentang serama dan hobi serama yang mengasyikan ini, SB tahun 2017 bermakna SB melangkah tahun ke 8 SB berkecimpung dalam hobi ini, sungguh pantas masa berlalu.Bagi yang pandai mengambil peluang, Hobi serama jika kena pada caranya, boleh dijadikan sebagai sumber tambahan pendapatan.kalau kena pada caranya juga, pendapatan penjualan ayam serama boleh diperolehi sekiranya tuan-tuan rajin ke bon dan menjadi orang yang agak masyhur dalam arena serama, tambah-tambahan ayam tuan-tuan seringkali menjadi juara di bon-bon.Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah breeder yang langsung tidak ke bon tapi anak-anak ayam serama di reban mereka laris macam goreng pisang panas malah ada yang dijual sehingga rm1500 seekor bagi anak A. Dalam bab ini, SB tidak ingin mengulas lebih lanjut kerana, ianya berkait rapat dengan rezki dan kelebihan yang dimiliki oleh masing-masing empunya diri.

Tapi dam bab serama ini, di saat Malaysia mengalami masalah kejatuhan nilai mata wang RM, maka ianya menyebabkan kuasa beli negara luar bagi produk keluaran Malaysia menjadi tinggi, termasuklah ayam serama ini, jadi pandai-pandailah mengambil peluang untuk mengeksport ayam -ayam anda ke Luar Negara, carilah guru dan kenalan serama yang bergiat dalam bidang eksport ayam serama ke luar Negara.moga tuan-tuan mendapat manfaat.

tahun 2017, SB akan memperkemaskan semula Keramat bloodlines di reban SB, SB telah menggunbakan baka-baka keramat sejak sekitar tahun 2011 lagi dan baka Keramat di reban SB telah mengalami pelbagai transformasi baka dengan baka-baka lain seperti Sami Gila, Wan Motel, Edy Bola dan juga Submarine.

Rn D yang tiada kesudahannya.............

Wednesday, September 14, 2016

Serama menyambut AidilAdha


Salam satuSerama buat Dunia Serama dan pencintanya
Hari ini adalah hari ketiga Raya Korban dan ibadah korban masih dilakukan disegenap tanah air.saya juga turut melakukan ibadah korban dan Akikah buat putra kedua saya Putra Amsyar Rayyan..
mengenai hobi serama pula, kelihatan hobi ini kian rancak dan hangat..penjualan ayam serama dan permintaan bagi serama cantik dan berkualiti mendapat permintaan yang tinggi.
tahniah kepada semua.
tahun 2016 adalah tahun ke-7 bagi Serama Bintang dalam hobi ini..SB berharap SB dapat meneruskan minat SB dalam arena serama..Insya Allah..........

Wednesday, May 11, 2016

Serama and coming Ramadhan






Salam semua kepada Peminat serama di Seluruh Dunia khususnya di Malaysia, Indonesia dan Thailand. sedar tak sedar kita kini menghampiri pertengahan tahun 2016......sungguh cepat masa berlalu..bulan hadapan iaitu skitar 6hb June kita semua akan menyambut bulan penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadan.

bagi SB, setiap kali bulan mulia ini  tiba SB akan mengurangkan masa SB bagi urusan serama..cukuplah sekadar menjaga makan minum serama..pada bulan Ramadhan nilah peluang kita semua untuk melipat gandakan amalan bagi mengejar bonus-bonus dan pahala berganda yang ditawarkan oleh Allah Taala setahun sekali ini.

To all Serama's lover all over the world,especially Muslim, i would like to wish  happy upcoming Ramadhan which is sheduled on 6th june 2016.

For SB, during Ramadan time ie. Fasting month,SB will reduce my quality time with seramas and will be focusing more on Ramadhan's spiritual deeds.  But certainly we should not forgot to fullfil our obligation toward seramas especially their food, drink and other basic neccesity.
 

 

Sunday, April 24, 2016

Serama Bunga April







Salam Semua...........salam ukhuwah salam perpaduan........sedar tak sedar kita sudah dihujung bulan April tahun 2016......lagi sebulan lebih umat Islam akan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan..semoga kita semua diberi kesempatan Allah Taala untuk mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda di Bulan Ramadhan kelak.

bercakap tentang hobi serama, sebagaimana yang kita maklum.hobi ini semakin meriah terutamanya di Malaysia dengan penganjuran pelbagai bon di sana sini sampai ada yang bertindan tarikh antara satu sama lain.Bagi SB, perkembangan ini adalah satu perkembangan yang sangat positif......walaaupun kita ada mendengar dis atu sudut pertikaian penganjuran bon antara dua persatuan serama..SB sebagai pemerhati dari jauh ni berharap agar kita semua dapat bersatu hati dan bertolak ansur satu sama lain..Bagi SB, bermain hobi ni kita memerlukan penyertaan ramai orang, bila ramai orang barulah hobi ini akan meriah dan kita turut bersemangat..tak kira lah ayam siapa juara atau ayam baka mana yang Juara..yang penting, persahabatan yang tererat sesama kita itu berkekalan hendaknya.

Main Hobi ni bagi SB macam berniaga Pasar Malam la jugak, kalau kita saling dengki berdengki dan menjatuhkan satu sama lain maka kita juga yang akan rugi..contoh berniaga di Pasar Malas..dinamakan Pasar tu sebab ramai yang berniaga, bila ramai yang berniaga maka ramai la yang datang membeli, cuba seorang peniaga tu sabotaj dan dengki kepada jiran peniaganya..kalau semua peniaga lain yang disabotaj tu tk datang berniaga kat situ...agak2 ada ke orang nak singgah pergi Pasar Malam tersebut yang hanya ada satu dua gerai saja..

begitulah juga dengan Hobi serama ni..jadi, pakat-pakatlah kita berbaik-baik dan tolong menolong antara kita..jangan sesekali jadikan hobi berserama ini sebagai punca kepada pendapatan kita....Hobi biarlah ianya menjadi sekadar hobi..nak duit kerjalah atau berniaga benda lain..bukan tunggu hasil jual ayam serama je...

Sunday, February 7, 2016

Bon Besar Serama dan Kenduri





                                             BOTB milik Man RST



Salam semua........pada hari sabtu yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Bon Serama Peringkat Antarabangsa di Taman Orkid Pengkalan Chepa...kebiasaannya bagi SB, setiap kali berangsung bon bon besar di Negeri Kelantan SB akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri ke bon sama ada membawa ayam untuk pertandingan atau bertemu mata dengan kawan-kawan serama dari seluruh Malaysia..namun kali ni, oleh kerana kekangan masa dan sibuk juga terpaksa bertandang ke rumah sanak saudara di atas beberapa majlis kenduri kahwin, maka SB terpaksa melupakan hasrat dan rutin SB tersebut untuk ke bon...apa-apa pun tahniah di ucapkan kepada BOTB kali ini saudara Man RST dengan ayam jaguhnya bernama mantera....moga kekal cemerlang di bon bon akan datang.

mutakhir ini, kita dipaparkan di FB serama  tentang pelbagai karenah rakan rakan  seserama kita, macam yang SB pernah post di FB lebih kurang 3-4 tahun lepas, untuk bermain serama dan kekal dalam hobi ini kita memerlukan beberapa jenis kesabaran.....antaranya;

-bersabar dengan penat lelah menguruskan  makan minum ayam serama
-bersabar dengan penantian  melahirkan jaguh-jaguh di reban sendiri
-bersabar dengan karenah-karenah rakan-rakan dalam permainan serama

bagi SB , jika kita tiada kemampuan untuk mempunyai asas Tiga (3) kesabaran ini, kita tidak akan mampu bertahan lama dalam hobi ini, SB pun baru lagi dalam serama ini, cuma tahun 2016 ini maka SB menjejakki tahun ke -7 dalam hobi ini..sudah ramai kenalan lama yang dulunya siang malam begitu tekun dan taksub kepada serama kini hanya tinggal nama hilang dengan reban-reban sekali....sudah ramai rakan-rakan dalam serama merajuk semata-mata sikap sesetengah individu dalam arena serama sendiri....sudah ramai yang merajuk setelah berhabis ribuan ringgit malah puluha ribu ringgit yang akhirnya jadi lebur  begitu saja.

Macam yang SB selalu cakap, bagi SB , SB tak nampak langsung serama ini sebagai punca rezki, SB tk nampak langsung Serama ini bole menyebabkan kita jadi kaya raya......

jadi berhati-hatilah..............kepada rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan ingin menjadikan serama sebagai Punca Pendapatan semata-mata.........SB tak melarang, tapi bagi SB kalau boleh elakkan ..cuba elakkan...fikir masak-masak.....kalau setakat nak jadikan serama hobi di waktu lapang dan mencari extra income tu mungkin boleh la....jangan sampai pula nanti bakar dengan reban reban  sebab marahkan seramaatau yang berkait dengannya....

dah banyak yang macam ni..memang terlalu ramai contoh.......

ambilah pengajaran............ambil teladan.......amik jalan tengah...........ajaran nabi....andai suka kepada sesuatu pekara maka biarlah dipertengahannya, boleh jadi ianya akan menjadi perkara yang dibenci kelak, begitu juga kalau kita membencis sesuatu perkara, pilihlah di pertengahan nya,..boleh jadi kita akan menyanyaginya kelak...

sekian,pesana untuk diri sendiri juga...........jangan sampai terhantuk baru nak terngadah.............



Wednesday, January 27, 2016

Serama....Rn D dan 2016






                                                KOLEKSI SG SERAMA BINTANG


Tahun 2016..................sedar tak sedar pada hari ini kita semua sudah berada di penhujung Januari 2016......cepat benar masa berlalu........siang dan malam silih berganti..hari demi hari pantas berlalu pergi.......hehehehe.......berpuitis la plak SB nih.......sebenarnya SB tkde idea sangat ni.........cuma pasal 2016 SB juz nk kongsi la dgn rakan rakan seramamania sekalian apa perancangan SB bg 2016...........untuk tahun 2016 ni SB sebenarnya ingin menumpukan kepada memperkemaskan jentera jentera baka baka SG yg sedia ada di reban SB........SB ingin menghasilkan ayam ayam yang beraksesori menarik dan tip top serta mempunyai gaya hebat di meja pertandingan.........wah .....bunyi macam bujet bagus je kan......sebenarnya senang je nak cakap......tapi nk buat tu susahnya.......bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan SB di FB Serama Bintang dan page FB Serama Bintang Putra pasti tahu akan target dan Rn D SB bagi tahun 2016 ni...spt yg SB ckp, tahun 2016 ni bermakna SB telah menjejaki tahun yg ke -7 dalam arena Serama ini...bermula dari bela ayam suka-suka hingga menjadi satu hobi yg serius dan kini SB mempunyai puluhan Pembaka dan Induk-Induk dari Pelbagai Baka.........dan pastinya juga baka-baka ini teah menjalani crossbreed, inbreed, outbreed dan blending secukup rasa......dalam membuat serama ini, antara yg penting adalah baka, lps tu kita kena tahu susur galur baka kita , lepas tu kita kena percaya pada baka-baka yg kita ada ,lps tu kita kena blend, breed dan stabilkan darah-darah dari baka-baka tersebut...........insya Allah lambat laun akan keluar jugak ayam idaman kita.........walaupun sekadar manis dipandang di reban kita saja....itu dh cukup bagus..............sekian dulu untuk kali ni.jumpa lagi di entry akan datang...........

Thursday, December 24, 2015

Seramamania Menuju 2016

                                                             SG + Akiat
                                                          Pluto Generation-Wan Motel bloodlines
                                                                 SG + Keramat
                                                              SG PokDean + SG Li Daging


Salam 1Malaysia kepada semua seramamania di seluruh tanahair dan dunia.........sedar tak sedar kita semua kini berada di hujung tahun 2015 dan beberapa hari lagi 2016 akan menjenguk kita semua......agak-agak apakah nasib kita semua di tahun baru 2016....SB berharap kita semua akan lebih cemerlang dan berjaya di tahun 2016.

Menyentuh hobi berserama, memasukki tahun 2016 bermakna SB telah memasukki tahun yang ke-7 dalam hobi yang mengasyikkan ini..bermula dari tahun 2010 di mana SB membeli sepasang serama dari kedai petshop saja, dan akhirnya minat berserama menjadi semakin sebati dengan jiwa SB.

walaupun pelbagai cabaran dilalui dalam karenah berserama ini. SB bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan yang sempurna oleh Allah Taala dan dapat meneruskan hobi ini.

sejak 2011, SB telah membeli pelbagai baka serama dari pelbagai reban serama sama ada di negeri Kelantan mahupun di luar Negeri Kelantan. Dari baka-baka ini SB telah membuat R n D secara crossbreed, outbreed dan inbreed bagi mencapai satu-satu kategori yang ditargetkan oleh SB sendiri...Alhamdulilah telah kluar juga lah ayam-ayam yang agak sedap memandang bagi mata SB sendiri.

untuk makluman sekali lagi, baka-baka ayam di reban SB terdiri dari baka-baka Wan Motel, Submarine, Keramat, Kijang ,Wan Motel dan juga Sami Gila..kebanyakan baka-baka ini telah di"blend" mengikut ramuan SB sendiri dan kini telah memasukki generasi ke 3 , ke 4 dan ada juga ke-5.

Bagi tahun 2016, SB bercadang untuk menyuntik kembali darah-darah baka pure/original kepada ayam-ayam sedia ada di reban SB.Untuk permulaan ini, SB telah membeli beberapa pembaka baru dari darah pure SG dan pure Keramat..ini kerana ayam-ayam di reban SB kini banyak mendominasi darah-darah SG dan Keramat....SB hanya mencuba dan terus mencuba, segala ketentuan kejayaan SB kelak adalah terserah pada takdir Illahi.......amin.....




Tuesday, November 17, 2015

Serama dan Musim Tengkujuh

 
                                     STAR GALAXY STALLION (SGS)

Salam semua........lama jugak SB tak membuat entry baru.....faktor kekangan waktu memang sangat menyesakkan dada hinggakan nafas ku seakan tehenti...........chewahhhhhh..melalut la plak SB ni...tapi yang sebetulnya memang betul sekarang ni SB mempunyai jadual kerja yang sangat padat.....

Diam tak diam kita semua sudah pun berada di bulan November, ini bermakna sebulan saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2016.

tahun 2015 ni, kita menyaksikan kelembapan ekonomi Malaysia yang kini memasukki stage 2-3, dah ramai businessman yang mulai terasa bahang kelembapan ekonomi ini, SB sendiri sebagai  seorang penyedia khidmat professional dan juga mempunyai beberapa syarikat perniaagaan yang lain juga turut sama terkesan dengan kelembapan ekonomi ini, apa tidaknya, klien-klien mula memberi alasan apabila diminta menjelaskan bayaran perkhidmatan dengan alasan masalah ekonomi.

Bercerita tentang hobi serama ini, SB rasakan tahun 2015 turut menyaksikan perkembangan hobi serama di Malaysia pada tahap sederhana dan agak perlahan, apa tidaknya bon-bon besar kurang dianjurkan mungkin juga kerana kekurangan sponsor dari pihak penaja..penjualan, pembelian dan pertukaran ayam serama juga bagi SB agak perlahan bagi tahun 2015.

walau apa-apa saja berlaku, seperti yang selalu SB pesan dan ingatkan kepada rakan-rakan, anggaplah permainan ayam serama ini sekadar hobi dan janganlah kita sekali-kali cuba menjadikan ayam serama sebagai punca pendapatan kita, kerana sejarah serama sendiri pernah mengajar kita bahawa hobi berserama ini yang satu ketika terlalu popular dan menjadi rebutan pernah juga kesuraman, kesunyian dan hampir kepupusan, jadi.......berhati-hati dan berpada-pada lah semua.

melangkah tahun 2016 bermakna SB  memasukki tahun ke -7 SB bermain serama..segala asam garam permainan serama ini SB sudah lalui walaupun banyak lagi ilmu cabaran dan suka duka yang akan SB tempuhi selepas ini selama mana masih bermain serama.

mutahir ini pula, berita telah memaparkan musim tengkujuh telah tiba dan beberapa kawasan dan negeri2 telah dinaiki air, jadi SB berharap kita semua bersedia awal baik dari segi penjagaan serama mahupun pernjagaan harta benda dan nyawa ahli keluarga kita.

carilah panduan dan tips penjagaan serama di musim tengkujuh ini agar serama kesayangan kekal sihat.
bagi sot perkongsian gambar pula, dua ekor ayam di atas adalah ayam dari reban SB sendiri yang dibiak melalui pembaka-pembaka di reban SB..bagi SB setakat ini, mungkin ayam inilah (SGS) merupakan produk terbaik yang dapat SB hasilkan di reban sendiri.

sekian dulu, jumpa lagi di lain entry.........wasalam..........

Wednesday, August 19, 2015

Serama dan Kejatuhan Nilai Ringgit

                                                     Cucu PLUTO

Salam semua.......Salam Seramamania.Salam Kemerdekaan.....sedar tak sedar kita kini telah memasuki bulan Ogos..Bulan Kemerdekaan bagi Negara kita Malaysia tercinta.

Bercakap tentang serama,ianya juga berkait rapat dengan kebebasan, ada yang memelihara serama sebagai hobi suka-suka...dan tidak kurang juga ada yang membela dan menjual serama sebagai satu pekerjaan dan memperolehi pendapatan bagi sedikit kebebasan dalam kewangan masing-masing.

Beberapa hari yang lalu, telah dipaparkan di media eletronik di mana satu reban otai serama di utara tanah air telah ditemuramah oleh wartawan dari sebuah syarikat Television Swasta....(apa-apa pun tahniah kepada otai tersebut kerana berjaya mengangkat seni berserama ke satu martabat) dan dikatakan dan dipaparkan di skrin televisyen bahawa hobi berserama mampu menjana pendapatan lumayan.

SB tidak ingin komen panjang terhadap perkara ini kerana ianya bersifat sangat subjektif dan dalam lingkungan hadnya yang tersendiri..perkara ini boleh jadi betul dan ia juga boleh jadi hanyalah satu ilusi fatamorgana..ianya sangat berkait rapat dengan ayam, kebolehan, ketekunan dan populariti masing-masing dalam arena serama...tepuk dada....tanya selera..

SB ingin menyentuh di sini berkisaran faktor kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dan juga hobi berserama...bagi SB, jika diambil pada sudut postif, maka waktu ini adalah waktu yang terbaik bagi sesiapa yang ingin menjana pendapatan (lumayan) dari hobi ini..sebagaimana yang dikatakan oleh YAB Menteri Pelancongan bahwa beliau merupakan orang yang paling gembira dengan kejatuhan RM kerana ramai Pelacong Luar Negara akan melancong ke Malaysia..Nah..begitulah juga gembiranya peminat-peminat serama dari Luar Negara untuk mendapatkan dan membeli ayam-ayam serama idaman dari Negara Malaysia.

Faktor kejatuhan RM menyebabkan kuasa beli negara luar ke atas negara kita menjadi besar..RM kita menjadi kecil dan jauh lebih murah berbanding matawang lain khususnya Dollar...perkara ini menjadi satu faktor pemangkin bagi pengesport-pengeskport....Jadi, sesiapa yang ingin mengambil peluang untuk mengeksport ayam serama masing-masing kepada peminat serama dari luar negara maka bolehlah merebut peluang ini.

cuma untuk mengeksport produk ternakan/unggas ke luar negara, ia memerlukan pematuhan kepada beberapa SOP bagi logistic mahupun Veterinar.......carilah dan bergurulah kepada yang pakar dalam hal ini..dan sebagaimana yang kita tahu..ayam serama kita telahpun dieksport ke luar Negara sejak puluhan tahun yang lampau....Selamat Mencuba...

Berjumpa lagi pada entry yang akan datang.........Wasalam...

Saturday, May 30, 2015

Nisfu Syaaban dan Serama







salam semua...........diam tak diam...sedar tak sedar....harini dh 31.5.2015............besok pulak adalah malam Nisfu Syaaban yang mana diriwayatkan pada malam nisfu Syaaban ini Allah SWT Taala begitu rindu untuk mendengar keluhan hamba-hambanya dan akan memakbulkan doa-doa hambanya yang berdoa dan beramal soleh pada malam tersebut...baca Yasin 3 x pun adalah terlebih afdal dan banyak fadilatnya......

bila masuknya Nisfu Syaaban.........bermakna tinggal 2 minggu saja lagi untuk Umat Islam menyambut Ramadanul Mubarak.....bulan penuh keberkatan dan rahmat......bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.....kita ni..kalau orang nk bayar ayam serama kita RM1k tu dh rasa gatal tangan dan gembira dah...........apakan pula ini janji Allah memberi ganjaran pahala melebihi kebaikan beramal 1000 bulan bagi sesiapa yang beramal soleh dan bertahajud pada malam LailatulQadr..

pada bulan puasa nanti, harapnya kita semua dapat menghadkan  masa untuk hobi berserama..tapi jangan la pula sampai ayam tak terjaga dan tak terurus pulak........berserama.berserama jugak.cuma hadkan skit masa tu.......biar kita lebihkan sedikit untuk membuat amal ibadah....

ayam di atas adalah anak kepada induk M16.........M16 adalah induk dari titihan baka keramat RM16,000.00. messol tganu.........di reban SB..induk ini diblendkan dgn keramat line sedia ada d reban SB..........maka lahirlah anak kerama yg dikenali sebagai Sixteen Kejora ini.........kpd sesiapa yang berminat boleh wasap ke no 0105060656 atau call 0199767375...FB .Serama Bintang...........harga RM400.00 sahaja.........siapa cepat dia dapat........

Monday, April 27, 2015

Serama dan G.S.T


Assalamualaikum Warahmatullah semua kepada seramamania di seluruh pelusuk dunia...sedar tak sedar kita kini telah berada di penghujung bulan April dan di awa bulan Rejab.......lagi 2 bulan kita akan menyambut Ramadhanul Mubarak.

Bulan April 2015 sebenarnya bulan yang sangat panas.........panas dengan pelbagai isu isu semasa dalam mewarnakan landskap politik tanahair......namun, perkara yang menjadi viral dan bualan mulut semua orang adalah perlaksanaan GST a.k.a Good and Service Tax......

SB ingin menyentuh kaitan GST dan juga industri ayam serama di Malaysia..pada entry yang lalu, SB telah membuat posting berkenaan dengan kejatuhan nilai matawang negara kita berbanding Dollar..maka di dalam entry yang lepas SB meramalkan industri serama di negara kita akan tetap meningkat naik dan meriah dengan permintaan pembelian dari peminat-peminat serama dari luar Negara..Ini adalah kerana penyusutan nilai matawang Ringgit menyebabkan negara-negara luar mempunyai kuasa beli yang besar ke ats produk dari Negara kita .....termasuklah ayam serama.

Dan yang lebih memeranjatkan dan memeningkan SB,dek penangan G.S.T di negara kita, harga ayam serama juga turut meningkat naik dan menjadi semakin mahal.

SB melihat trend tahun ini dan insyaallah tahun tahun akan datang, industri serama akan semakin meriah dengan munculnya lebih ramai pendatang baru dalam hobi serama.

SB juga 'salute" kepada otai-otai yang giat menganjurkan pelbagai jenis bon ayam serama di seluruh tanah air...syabas dan terima kasih kepada semua..

bagi yang ingin bersilaturahim dengan SB bolehlah membuat fren request di FB Serama Bintang dan 'like' Page Serama Bintang Putra...

salam dan jumpa lagi di entry seterusnya.....

Friday, March 6, 2015

2015 meriah dengan bon

        botb bon besar tmn orkid....cheetah milik tok nadoq

assalamualaikum seramamaia semua...pada tahun 2015 ini kita semua menyaksikan kemeriahan hobi bersama..boleh dikatakan hampir setiap minggu ada saja bon bon serama yang dianjurkan dan hampir setiap bulan pula telah penuh jadual bon bon besar di pelusuk tanahair.

semoga hobi berserama semakin hangat dan gemilang dari tahun ke tahun....insya Allah...

Friday, January 23, 2015

2015 dan Serama


                                                     

Assalamualaikum Warahmatullah kepada semua peminat serama di pelusuk dunia dan juga kepada pembaca-pembaca blog serama bintang yang tidak seberapa ini.

Diam tak diam, kita sudah memasukki hampir sebulan di bulan Januari tahun 2015.....dan hari ini, 24.1.2015 barulah SB berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini..... 

Pada penghujung tahun 2014 yang lalu, negara kita digemparkan dengan fenomena air pasang besar akibat new moon dan seterusnya Bencana banjir besar yang telah menenggelamkan Kelantan, Terengganu dan Pahang menyebabkan perpindahan mangsa banjir secara besar-besaran.

Memasukki saja tahun 2015, kita pula dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia menyebabkan Negara kita Malaysia terpaksa membuat pengsturkuturan semula bajet ekonomi bagi tahun 2015.

Dalam hobi berserama........dan mendepani tahun 2015 ini, pelbagai persepsi dan andaian yang dibuat oleh rakan-rakan serama terhadap pasaran ayam serama................Bagi SB, jika ingin melihat dari sudut positif, maka pasaran serama bagi tahun 2015 ini adalah dijangkakan akan mengalami kerancakan..Ini kerana, berikutan susutnya nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar........maka kuasa beli ayam serama dari Negara-Negara Jiran dan juga pasaran antarabangsa akan bertambah.......apa tidaknya, nilai serama walaupun mencecah ribuan ringgit malahan puluhan ribu ringgit, namun jika dibandingkan dengan nilai mata wang.maka pembeli luar negara tidak akan merasakan ianya mahal lagi..

Maka, beruntung dan bertuahlah bagi sesiapa antara pembiak serama yang sudah mempunyai hubungan eksport serama......dan bagi yang belum mempunyai kontaks eksport serama ke luar negara , inilah  masanya untuk kita berbuat demikian.....

di reban SB pula, aktiviti utk 2015 macam biasa, cuma skrg ini proses meng "Submarine" kan Keramat dan Meng"Keramatkan' Submarine masih berjalan dan memasuki fasa ketiga dan ke empat....

Pada tahun 2014, banyak induk-induk, pembaka-pembaka dan anak-anak serama di reban SB telah dilamar oleh rakan-rakan dari pelusuk tanah air termasuklah Negeri di Bawah bayu, Sabah......terima kasih kepada pembeli-pembeli semua..

Bagi Gambar di atas, induk dara Plutonium telah lama berpindah reban, manakala induk gambar pertama juga sudah dirisik dan bakal berpindah ke reban di Perak... Jantan Muda Mini Cooper Starion pula masih dibuka untuk jualan............kacukan darah Sami Gila + Keramat + Kijang.............bagi yang berminat boleh whats App ke 0105060656 atau SMS ke 0199767375....Harga RM350 sahaja......

Friday, December 5, 2014

Kuning Ekor Kelabu



Assalamualaikum Warahmatullah dan salam 1 Serama buat peminat serama di seluruh dunia.Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, kita semua kini telah memasukki bulan Disember iaitu bulan terakhir bagi tahun 2014..maka bulan hadapan kita akan menyambut tahun baru 2015.......tahun yang penuh getir dan kegawatan khususnya dalam faktor ekonomi...maka bersama-samalah kita semua membuat persediaan yang terbaik bagi diri dan keluarga masing-masing.

Bercakap tentang hobi serama, untuk entry kali ini, SB ingin menyentuh tentang spesis ayam serama yang menjadi bualan hangat sekitar 2-3 tahun kebelakangan ini.

Baka Sami Gila menjadi satu fenomena di kalangan peminat-peminat serama tanah air khususnya bagi peminat-peminat baru...berdasarkan pengalaman SB sendiri, ramai pendatang baru dalam serama telah menghantar private message kpd FB serama bintang bertanyakan tentang produk-produk dari baka sami gila yang semestinya terkenal dengan ciri-ciri balung halus plastik, berbadan kuning dan kelabu pada ekornya.

Tapi di satu sudut, ada pula suara-suara dan pendapat-pendapat, khususnya bagi player-player di bon-bon mengatakan ayam jenis kuning ekor kelabu ni memang la cantik tapi tidak buat kerja (tidak bergaya) semasa pertandingan......pulak dahhhhhhhhhhhh..............

apa-apa pun SB tidak ingin komen banyak pasal ayam orang, walaubagaimanapun, SB ingin mengucapkan tahniah kepada pencetus fenomena ayam kuning ekor kelabu dan berbalung jarum halus ini...

Di satu penjuru di reban buruk SB pulak, 2 tahun kebelakang ini, SB juga sibuk-sibuk buat R n D sendiri untuk menghasilkan ayam kuning ekor kelabu, dan yang pandai pulak bergaya..............tapi tu la...pengalaman SB yang sekadar baru setahun jagung ni manala cukup untuk mendapatkan hasil yang sedemikian kan..

tapi, walaubagaimanapun, SB tetap bersyukur kerana cross demi cross, pusing punya pusing, akhirnya keluar jugakla seekor induk kuning berekor kelabu di reban SB. ( sebagaimana gambar  di atas).......

untuk projek 2015 yang akan datang, SB memfokuskan kepada mengstabilkan darah-darah dari baka -baka sedia ada direban SB......sekarang ini sudah memasukki generasi ketiga dan keempat......semoga semua dapat mendoakan kejayaan SB................sekian, terima kasih, jumpa lagi..

Thursday, November 20, 2014









Assalamualaikum dan Salam 1serama kepada semua peminat serama di pelusuk dunia........hari ini 21/11/2014 bersamaan hari jumaat yang penuh keberkatan............marilah sama-sama kita melipatgandakan amalan kita baik berselawat ke atas junjungan Nabi SAW, membaca Al-Quran dari surah-surah terpilih, mahupun memperbanyakan istighfar...melakukan amalan baik ini, seperti beristghfar, tidak semestinya kita perlu duduk di atas sejadah.............sambil bawak kereta pun boleh, sambil bagi makanan kat serama kesayangan pun bole........

Dalam seminggu ini, hujan turun dengan lebat boleh dikatakan di seluruh kawasan semenanjung Malaysia,.dan paparan berita terkini samada di media cetak, media elektronik mahupun media sosial sibuk membicarakan dan memuatnaik gambar keadaan semasa banjir..Bercakap mengenai banjir , iainya adalah satu fitrah alam bumi Malaysia ini saban tahun berlakunya banjir..Jadi, kepada para penternak serama, apakah persediaan anda untuk menjaga serama kesayangan anda yang bernilai ribuan malah puluhan ribu ringgit itu khususnya di musim Tengkujuh ini?.....

SB pasti, otai-otai semua sudah sedia maklum dan menyediakan payung masing-masing lebih awal............bab kata pepatah Melayu.......sediakan payung sebelum hujan....Tapi kalau bab serama ini, SB rasa, tidak cukup kalau Payung saja yang kita sediakan, kita juga harus menyediakan khemah tambahan untuk musim banjir, selimut khas reban dan juga tambahan lampu-lampu mentol merah untuk menhangatkan kesejukan malam yang mencengkam.

Bagi SB, ubatan yang selalu SB gunakan untuk persediaan bajir adalah sebagaimana yang terdapat dalam gambar-gambar di atas..SB juga cuba sedaya upaya untuk memastikan ruang dalaman reban sentiasa kering, kerana kelembapan ruang dalaman reban yang bercampur air dan juga najis serama akan mengundang satu penyakit yang amat berbahaya kepada serama kita.

Bagi rakan-rakan serama yang ingin mengetahui lanjut tentang ubatan serama di musim tengkujuh ini,,boleh juga cuba cuba intai di Blog Anizam Agrofarm.......di sana banyak info-info menarik berkaitan penjagaan unggas kesayangan masing-masing.

Menyentuh sedikit, projek serama 2015 SB yang akan datang sebulan saja lagi, SB dalam 2 tahun kebelakangan ini telah melakukan proses R n D di reban SB khususnya bagi mengstabilkan darah-darah bagi baka-baka sedia ada di reban SB.......yangg mana dalam masa 2-3 tahun kebelakang ini, SB telah menyatukan baka-baka di reban SB di mana baka-baka asal seperti Keramat Yuza, Keramat Awang Selamat,Submarine MatYar, Submarine Tanpa Nama, Kijang, Kijang Iwan Serama Kelate,Wan Motel Kodik, Merak KuMizan dan beberapa baka lagi.

SB juga menambahkan sedikit suntikan baka SG bertujuan khas untuk mendapatkan baka serama yang berbalung halus dan syukur Alhamdulilah, dalam 2 tahun yang lepas, SB berjaya meng"upgrade" balung serama SB melalui kacukan induk mixed SG dan Penjantan SubMarine MatYar....

Sepanjang tahun 2014 ini juga, banyak ayam-ayam SB telah bertukar geran ke pelusuk semenanjung tanah air termasuk juga terbang ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah...jutaan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah mendapatkan ayam-ayam dari reban SB yang tak seberapa ini.

semoga hobi berserama ini masih segar dan bersemangat bagi SB untuk mengharungi tahun 2015 pula.......sekian,jumpa lagi ...