Sunday, October 14, 2012

Keramat 10 bloodlines vs- Kubing Nik Lie Pauh 5




Salam semua........ SB ingin berkongsi untuk entry kali ini beberapa keping gambar ayam jantan remaja milik SB yang berusia Tiga ( 3) bulan lebih.....ayam ini SB beli semasa anak A lebih kurang tiga bulan lalu daripada Abekop Desa Rahmat bersama seekor lagi pasangan betinanya...menurut Abekop , bapak kepada ayam ini adalah berdarah Keramat 10 dari kumpulan baka -baka Otai Hj Iskandar Keramat yang dibeli oleh saudara Yuza Telok, Kota Bharu daripada reban Haji Iskandar Keramat sendiri , manakala belah ibunya pula mewarisi darah Kubing Nik Lie Pauh Lima...apa yang SB lihat beberapa kelebihan pada ayam ini ialah rajin berkibas dan mempunyai batang kaki yang halus serta tinggi...selain itu tona warna pada badannya juga sangat cantik dengan warna kuning susu dan hitam pekat berkilat pada ekornya...

The pictures show a young serama cock in SB mini farm which is inherits Keramat 10 + Kubing Nik Lie Pauh Lima serama bloodline which is bought by SB about three months ago from Abekop Desa Rahmat...This little chicken is an active chicken while placing on the top of the table...

Tuesday, October 9, 2012

Legasi Wan Motel + Keramat




Salam semua........tiada apa untuk dikongsi sebab SB masih belum mampu menghasilkan ayam ayam cantik dan bergaya di reban SB sendiri ,jadi untuk tujuan update blog SB ni SB berkongsi dengan rakan-rakan koleksi terkini ayam-ayam serama di reban Abekop Desa Rahmat yang mana hasil gandingan dari baka arwah Wan Motel dari induk manakala Pembaka Jantan dari darah Keramat Haji Iskandar..untuk makluman ayam -ayam ini hanya koleksi Abekop dan tidak sesekali untuk dijual.....namun bagi sesiapa yang ingin bersilaturahim dgn abekop maka jgn segan silu menelefon beliau di talian 0179208565....

some pictures show two little pullets in Abekop 's mini Serama farm which is located at Desa Rahmat, Panji, Kota Bharu Kelantan..these two young pullet are offsprings of Wan Motel + Keramat Haji Iskandar serama bloodlines...These two pullets only for personal collection by the owner...please dont hesitate to call Abekop at 0179208565 for any inquiry and Silaturahim.......

Thursday, October 4, 2012

Pembaka Rinting For Sale





salam semua....di sini SB ingin berkongsi gambar seekor pemaka rinting milik kawan Abekop Desa Rahmat untuk dijual.....menurut tuan ayam ini, ianya pernah bergelar botb d bon penambang pada tahun 2011...siapa yg berminat sila call abekop 0179208565 sebagai remisernya...harga buka RM2,000.00....negotiable..

Sunday, September 23, 2012

Anak dara Capricorn





 Anak dara kepada Pembaka Utama SB iaitu Capricorn manakala induknya pula adalah Gemini...Gemini mewarisi darah Merak Ku Mizan manakala Capricorn pula mewarisi darah Kodik+ Mie Bukit+ Submarine..

The pictures show a young pullet succesfully bred in SB mini farm having several bloodlines in its such as Mie Bukit + Kodik+ Submarine + Merak Ku Mizan.



Wednesday, September 19, 2012

Lagi koleksi baka Keramat

Anak ayam Jantan ( anak B) ini adalah ayam milik Abenor Batu Lada Kuala Krai, Kelantan..Ibu kepada anak ayam ini adalah berasal dari reban En Bahar Serama Awang Selamat yang telah disilangkan pembakaan oleh en Bahar di antara induk betina dari baka Hj Iskandar Keramat + bapak kepada Golden Army dan telah menghasilkan seekor induk betina yang kemudiannya telah dibeli oleh Abenor dari En Bahar..Induk betina tersebut kemudiannya  telah dipasangkan oleh Abenor dengan Penjantan di rumah beliau  lalu terhasilah anak serama jantan ini yang agak berpotensi untuk dibawa ke meja pertandingan kelak..

This little male chick which is belongs to Abenor 's Batu Lada Kuala Krai  inherits serama bloodlines from Haji Iskandar Keramat + Golden Army of Mr Bahar Awang Selamat from its mother side.., Abenor has then crossbred his own main male breeder with this little chick's mother in his mini serama farm which then successfully produced this little chick about two months ago.



Thursday, September 6, 2012

Aduka's family bloodlines




SB ingin berkongsi satu lagi koleksi ayam serama milik Abekop Desa Rahmat. Menurut Abekop bapak kepada induk muda ini adalah adik beradik  sebapa dengan Aduka milik otai tuan Haji Iskandar Keramat  yang diambil oleh Abekop dari rumah Yuza Telok dan Saiful S wan, manakala ibu pula merupakan baka willy milik Abekop sendiri..Induk muda ini telah ditawar untuk dibeli oleh beberapa pembeli namun ditolak oleh Abekop..

Tuesday, September 4, 2012

anak "Star Cruise"



Salam semua.........untuk post kali ini SB ingin berkongsi gambar anak ayam jantan berusia dua bulan di reban SB iaitu hasil dari kacukan pembakaan antara Star Cruise yang berdarah  keluarga Submarine dan juga induk betina dari baka Merak Ku Mizan...jika tiada aral melintang anak ayam ini akan beradu nasib di pertandingan pada 8.9.2012 di Taman Orkid Sabtu ini yang akan dibawa/ di asuh oleh Tok Sedara SB iaitu Abeya Landdak...

This two months chick inherits Submarine + Merak Ku Mizan serama bloodlines which is successfully bred at SB mini coop..SB will send this little chick for upcoming game in Taman Orkid which is shcheduled on 8th September 2012..