8 years ago
Sunday, November 24, 2013
2014 is coming
Salam............sebulan saja lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita dan muncul pula 2014..............begitulah kehidupan ini.........yang datang akan pergi dan yang pergi akan menjadi sejarah dan kenangan.....bercakap berkenaan hobi serama...........bagi projek 2014 SB meneruskan r n d yang masih belum siap........Jadi untuk itu SB hanya menggunakan baka-baka sedia ada di reban SB dan masih belum bercadang membawa masuk player-player import baru bagi Liga Serama 2014....ayam-ayam dalam gambar di atas adalah adik beradik bukan setelur dan tidak sekandung. gambar dua terakhir bawah anak- anak dari ibu yang sama namun bapak yang berlainan.....sekian.....
Thursday, November 14, 2013
R n D Keramat Tiga
Gabungan Induk dari bloodline Keramat Bahar ,Abenor Krai + Kubing Keramat BB....
Induk dari baka Keramat Yuza / Abekop
Induk dari baka Kubing Keramat BB
Induk dari baka Keramat Yuza / Abekop
Induk dari baka Kubing Keramat BB
Salam 10 Muharam semua.......kita juga sudah memasukki musim tengkujuh di mana hujan kerap turun dan keadaan cuaca yang selalu berangin....ayam di reban SB juga sudah ada yg kelihatan tak berapa sihat dan memerlukan penjagaan yang lebih nanti.........bercakap tentang Research n Development di reban SB yang masih berjalan......setelah hampir tiga tahun kini SB telah memasukki level yang kedua dan ketiga dalam R n D baka-baka keramat yang mana SB namakan sebagai Projek Keramat Tiga........Projek Keramat Tiga adalah projek R n D SB menggunakan pembaka-pembaka teras dari gabungan tiga baka Otai Keramat Haji Iskandar Johar yang SB dapatkan dari tiga reban kawan-kawan seserama iaitu Kubing Keramat Brutal Bro, ( line Kubing) Keramat Yuza/ Abekop Desa Rahmat ( line Aduka ) dan juga Keramat Bahar Awe Selamat ( line Golden Army's family) yang SB dapatkan dari Abenor Bt Lada. SB juga sekarang ini dalam stage kedua dan ketiga bagi mengstabilkan darah-darah baka Submarine Mat Yar yang telah DIKERAMATKAN........hehehe..sama-sama la kita tgk hasilnya nanti....harap-harap menjadi la...
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435 hijri
Hari ini tahun 1434 Hijiriah bakal melabuhkan tirainya dan bermulalah lembaran baru tahun baru awal Muharam 1435 Hijriah..........Kita juga telah memasukki bulan November iaitu bulan-bulan terakhir bagi tahun masihi 2013..............Dalam berserama SB lihat hobi ini semakin rancak dengan pelbagai pertandingan di anjurkan di seluruh tanah air....semalam kita baru saja menyaksikan pertandingan di Kuala Lumpur....tahniah kepada semua peserta yang menang atau yang belum menang.........untuk entry kali ini SB ingin berkongsi ayam-ayam SB yang biasa-biasa..........induk-induk muda dari bloodlines Kijang dan Si jantan pinang masak dari bloodline SubMarine MatYar yang SB namakan sebagai Star Cruise Junior......
Sunday, October 13, 2013
Evolusi Serama di reban Serama Bintang
LabaikAllahummalabbaik..Labbaikalasyarikala kala baik.innalhamdan wannikmatanlakawalmulk la syarikalah............Allahuakbar Allahuakbar...Allahuakbar.............Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua rakan-rakan berserama.........semoga segaa pengorbanan kita di redhai Allah hendakNya...................
Untuk entry serama kali ini, SB hanya ingin berkongsi perjalanan evolusi serama di reban SB........iaitu dari Bloodline Kubing Keramat.........Kubing Keramat ini asalnya milik Otai Hj Iskandar Keramat yang kemudian telah dibeli oleh otai Brutal Bro a.k.a Kamarul...di rumah otai BB...baka kubing ini telah dibreed kan secara teliti dan specific oleh otai BB dgn pelbagai baka-baka serama yang lain dan telah menghasilkan patern serama yang unik dan terkini.......dan seekor dari anak-anak serama tersebut (yang biasa-biasa) telah dibeli oleh SB dari rumah otai BB sekitar tahun 2011....yang kemudian telah dibreedkan oleh SB pulak sehingga ke generasi ke empat dan ke-5 pada tahun 2013.............ayam SB ayam biasa-biasa saja...........perjalanan masih jauh............
Sunday, October 6, 2013
Re Upload
Keramat BB bloodlines
Cikgu Zamani Tumpat bloodlines
Submarine Matyar Bloodlines
Cikgu Zamani Tumpat bloodlines
Submarine Matyar Bloodlines
Salam Bulan ZulHijah semua...tak berapa lama lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha......mungkin ramai juga ahli keluarga kita semua sekarang ini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan Fardhu Haji......semoga mereka semua mendapat Haji Mabrur..In Sya Allah............untuk entry berserama kali ini, SB hanya ingin berkongsi gambar-gambar sebahagian dari ayam-ayam di reban SB yang dihasilkan di reban SB........ayam SB hanya sesuai untuk tontonan mata pendatang baru dalam dunia serama sebab ayam-ayam SB hanya biasa- biasa saja jika hendak dibandingkan dengan otai-otai serama di luar sana.........
Tuesday, October 1, 2013
Tragedi Oktober
Salam Semua..............sedar tak sedar kita sudah memasuki Bulan Oktober,...bermakna lagi dua bulan kita akan melangkah ke tahun baru Tahun 2014.........untuk projek 2014, SB berharap agar SB diberikan luang masa yang cukup untuk kekal dalam hobi berserama dan meneruskan R n D yang masih belum siap........untuk entry kali ini, SB ingin berkongsi sepasang Serama hasil reban SB sendiri......Dua ekor ayam ini yang kini memasuki alam muda adalah adik- beradik setelur.....bapak pembaka kepada dua ekor ayam ini adalah Star Cruise iaitu ayam pembaka utama SB dari susur galur Submarine MatYar............sekian...
Wednesday, September 25, 2013
Next R n D
Diam tak diam kita sudah di hujung bulan september ..........tak lama lagi kita di Pantai Timur akan menghadapi musim tengkujuh.....adalah disyorkan agar kita mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kesihatan ayam-ayam kita terutamanya dengan cara suntikan vaksin imunisasi..........rasanya jika kita mendapatkan vaksin tersebut di Pejabat Haiwan, harganya tak sampai rm10 pun..........yang penting bawa bekas yang mengandungi ais semasa membeli vaksin tersebut bagi tujuan penyimpanan sepanjang perjalanan........berkenaan dunia serama, SB lihat mutakhir ini dunia serama semakin meriah dengan pelbagai bon yang dianjurkan di pelusuk tanahair.........terbaru kita telah selesai BON tahunan di Tasik Kenyir......SB turut bangga melihat liputan media cetak dan media eletronik yang dibuat terhadap hobi berserama ini.......Ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan kembali semangat-semangat peminat serama di Pelusuk Tanahair.......manakan tidak, dengar kata Juara BOTB Tasik Kenyir ditawarkan pada harga RM 25,000.00 meskipun tidak dijual oleh pemiliknya.........Bagi slot gambar kali ini, induk direban SB yang dihasilkan di reban SB.....induk -induk biasa biasa saja..........r n d, r n d, rn d..........mmmmmmmmm..........kita tunggu dan lihat sajalah nanti hasilnya.......
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








.jpg)










