Sunday, September 22, 2013

next project..........

                 hasil reban SB yang biasa biasa saja

                                                             BOTB Tasik Kenyir 21/9/2013 milik rakan serama dari Kelate




Gambar anak A di atas hasil r n d reban SB sendiri dari bloodline Cikgu Zamani Tumpat...........perjalanan masih jauh.......





Tuesday, September 3, 2013

Minyak Naik lagi 20 sen................



ayam-ayam biasa di reban SB...........menggunakan induk betino yang sama namun pembaka jantan berbeza masing-masing dari darah Keramat BB dan Submarine Mat Yar............sekadar santapan mata............

Friday, August 23, 2013

Pembaka- Pembaka Biasa yang masih berjasa








Salam Syawal semua........untuk sharing blog kali ini SB mengimbas kembali gambar gambar Pembaka di reban SB yang masih aktif menghasilkan anak di reban SB............ayam biasa biasa saja...........gabungan dari pelbagai baka seperti keramat, kijang, kodik,wan motel, submarine Mat Yar dan lain lain.......Besok 24/8/2013 jangan lupa memeriahkan bon di Jerteh Terengganu........semoga hobi berserama kembali ceria.......

Monday, August 5, 2013

SALAM LEBARAN 2013





Salam semua.........diam tak diam kita semua sudah menghampir penghujung bulan Ramadhan yang mulia.....hari ini sudah 28 hari umat Islam berpuasa.......dan berkemungkinan besar hari Khamis ini bersamaan dengan 1 Syawal kita semua akan menyambut Hari Raya AidiFitri.......oleh itu, di kesempatan ini, SB ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri...........seandainya sepanjang SB berblog ini SB ada mengguris hati dan perasaaan, terkasar bahasa atau tersindir sesiapa maka SB ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dari rakan-rakan semua.........bagi slot serama pula, gambar anak C di atas adalah anak jantan Star Cruise dan gambar Jantan Ara Muda pula anak Black Kejora.....kedua-dua ayam ini SB gunakan Induk yang sama iaitu Induk dari baka Kijang........ayam biasa biasa saja babk kata Brutal Bro..........

Sunday, July 14, 2013

Jualan Tukar Pembaka


Salam Ramadan ke - 5 semua.........semoga kita semua sihat walafiat dalam bulan Ramadan ini......di sini SB ingin membuat jualan murah bagi seekor Pembaka di reban SB........Kelebihan baka bagi Pembaka ini adalah dari susur galur darah Submarine Mat Yar...........selama berjasa di reban SB, SB dapati ayam ini banyak melahirkan anak-anak yang bersaiz AA...........ayam ini juga bersaiz kecil sahaja dan mempunyai tabiat suka mengangkat sebelah kaki bila di letak di atas meja....anak2nya pernah mendapat tempat dan hadiah di beberpa pertandingan sekitar Kota Bharu melalui penyertaan pengasuhnya Tok Saudara SB sendiri iaitu Poktih Yar.......Harga buka RM500.00.......boleh kurang skit skit lagi.....jika berminat sila SMS 0199767375........bagi penghantaran dengan Bas Ekspress.....tambahan RM50.00 dikenakan..........terima kasih.......

Friday, July 12, 2013

KIJANG KERAMAT



Selamat Pagi Ramadhan yang ke Empat bagi teman-teman yang beragama Islam........Sesungguhnya kita sekarang berada di dalam bulan yang sangat agung di mana terdapat padanya satu malam yang mana ganjaran pahala menanti kita seolah-olah kita beramal lebih dari 1000 bulan.............mmmmmmmmm..sedikit tazkirah......kalau kita jual ayam...........RM 1000 tu dh kira lumayan jugak kan. ( bagi SB la sbb ayam SB huduh huduh saja)........tetapi Allah menawarkan ganjaran pahala di LAILATULQADAR pada kadar melebihi ganjaran 1000 bulan.........bukan 1000 dinar @ 1000 dirham @ 1000 usd tetapi lebih dari 1000 bulan.......bersamaan kurang 84 tahun..........perghhhhhhhhhhh...........berbaloi-baloi.......

Pada bulan Ramadan ini, kurang-kurangkanlah berserama kerana kita dh habiskan 11 bulan utk berserama.......hehehe.........gmbr yang di update kali ini adalah seekor serama jantan memasuki alam muda di reban SB hasil cros breeding antara baka Keramat Brutal Bro + Kijang PokMan- vs- Kijang Serama Kelate.......tak tau apa nk jadi pada ayam ini.......jika ada yg berminat SB bersedia utk lepaskannya pada harga yg munasabah memandangkan ada 3 ekor adik beradik jantannya........


Friday, July 5, 2013

Ayam Biasa Biasa ( Part II )




Salam semua.........beberapa hari saja lagi kita semua akan menyambut RamadanulMubarak.............moga kita semua berjaya melipatkaligandakan amalan di bulan mulia itu nanti....di sini SB ingin berkongsi 2 ekor ayam hodoh hodoh di reban SB hasil breeding sendiri..........ayam-ayam ini mempunyai 4 beradik setelur....salah sekor telah SB postkan pada entry yang lepas.....gabungan baka Keramat Brutal Bro+ Kijang Pokman + Kijang Serama Kelate.........setakat ini, ini saja yang termampu SB hasilkan secara R n D semborono SB.....hehehe.........