Friday, July 12, 2013

KIJANG KERAMAT



Selamat Pagi Ramadhan yang ke Empat bagi teman-teman yang beragama Islam........Sesungguhnya kita sekarang berada di dalam bulan yang sangat agung di mana terdapat padanya satu malam yang mana ganjaran pahala menanti kita seolah-olah kita beramal lebih dari 1000 bulan.............mmmmmmmmm..sedikit tazkirah......kalau kita jual ayam...........RM 1000 tu dh kira lumayan jugak kan. ( bagi SB la sbb ayam SB huduh huduh saja)........tetapi Allah menawarkan ganjaran pahala di LAILATULQADAR pada kadar melebihi ganjaran 1000 bulan.........bukan 1000 dinar @ 1000 dirham @ 1000 usd tetapi lebih dari 1000 bulan.......bersamaan kurang 84 tahun..........perghhhhhhhhhhh...........berbaloi-baloi.......

Pada bulan Ramadan ini, kurang-kurangkanlah berserama kerana kita dh habiskan 11 bulan utk berserama.......hehehe.........gmbr yang di update kali ini adalah seekor serama jantan memasuki alam muda di reban SB hasil cros breeding antara baka Keramat Brutal Bro + Kijang PokMan- vs- Kijang Serama Kelate.......tak tau apa nk jadi pada ayam ini.......jika ada yg berminat SB bersedia utk lepaskannya pada harga yg munasabah memandangkan ada 3 ekor adik beradik jantannya........


Friday, July 5, 2013

Ayam Biasa Biasa ( Part II )




Salam semua.........beberapa hari saja lagi kita semua akan menyambut RamadanulMubarak.............moga kita semua berjaya melipatkaligandakan amalan di bulan mulia itu nanti....di sini SB ingin berkongsi 2 ekor ayam hodoh hodoh di reban SB hasil breeding sendiri..........ayam-ayam ini mempunyai 4 beradik setelur....salah sekor telah SB postkan pada entry yang lepas.....gabungan baka Keramat Brutal Bro+ Kijang Pokman + Kijang Serama Kelate.........setakat ini, ini saja yang termampu SB hasilkan secara R n D semborono SB.....hehehe.........

Sunday, June 16, 2013

Ayam Biasa-biasa ( Part 1)



Salam bulan Syaaban semua.........kurang sebulan saja lagi kita semua akan menyambut  Bulan Ramadhan yang mulia.......semoga kita semua akan melipatgandakan amalan ibadah di bulan yang mulia itu nanti........berkenaan hobi berserama........SB seperti biasa, ingin berkongsi dengan kawan-kawan gambar ayam biasa biasa di reban SB hasil breeding sendiri........dari gabungan baka Kijang PokMan + Kubing Keramat BB+ Kijang Iwan Serama Kelate........

Sunday, June 9, 2013

Antara Juara- juara 2013

                          Merangkul BOTB n Johan Muda Bon Serama Park, Melaka ........ayam milik Zahar Kota Bharu,Kelantan
                                              Ayam milik Pok Eik Otai Tersohor tanahair
                             ayam milik Serama Sri Lempeng........

Friday, May 17, 2013

Ayam milik seorang rakan dari baka Keramat......








Salam semua...........sekadar mengemaskini Blog dan sedikit sumbangan untuk memeriahkan kembali Hobi berserama yang diketahui kini semakin hari semakin suram di kalangan masyarakat Malaysia..ramai juga di kalangan rakan-rakan serama sudah menutup reban serama masing-masing dan beralih arah ke hobi lain.apa-apa pun pilihan di tangan masing-masing dan perlu disedari juga di suatu sudut, masih ramai Peminat dan pembiak tegar ayam serama sebagai hobi yang sudah sebati dengan jati diri mereka........mereka inilah juga sentiasa setia bersama serama walau hujan, kemarau, atau tsunami melanda.......antaranya seorang rakan SB ini yang telah membiak serama sejak tahun 90an lagi hingga kini......di sini disertakan gambar-gambar ayam serama di reban beliau........

Thursday, May 9, 2013

serama-serama huduh di reban SB






Salam bulan Rejab semua............tiada apa yang menarik untuk SB kongsikan di entry kali ini...cuma bertujuan mengemaskakinikan blog , SB sertakan beberapa ekor ayam di reban SB.....ayam biasa-biasa saja.....