Thursday, January 3, 2013

Kubing Keramat+ Kijang+ Merak







Assalamualaikum dan Salam sejahtera….diam tak diam kita semua sudah memasuki tahun baru ,tahun 2013…….sudah menjadi kebiasaan di awal tahun masing-masing akan memasang azam baru, usaha baru dan harapan baru…..terpulang kepada semua cuma apa yang penting perancangan yang bijak harus diatur demi mencapai setiap yang dicita-citakan..bercakap mengenai hobi berserama di tahun baru 2013……..ada sedikit pandangan/ramalan negative terhadap pasaran serama,jika kita meniliti status/komen di FB kawan-kawan serama kita, bermacam ramalan dan komen terhadap pasaran serama bagi 2013, ada yang meramalkan pasaran serama akan lembap pada tahun 2013 dan ada juga yang meramalkan pasaran akan terus menjunam pada tahun 2014….seandainya ditanya pada SB, maka SB tetap dengan pendirian bahawa berserama adalah satu hobi( bagi SB la) dan jangan pula kita terlalu mengharapkan keuntungan/ pendapatan dari hobi ini………barulah kita tidak kecewa @ tertekan, tak kisahlah serama mahal ke, serama dh tak laku jual ke…..yang penting jika kita masih meminati serama, maka belalah ia sebagai haiwan peliharaan…tapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?....dengar khabar ada yang membuat pinjaman puluhan ribu ringgit ( membeli baka-baka terbaik dan menyiapakan reban berstatus mini ladang) dengan niat untuk mendapat pulangan lumayan……dan dengar khabar ada juga yang memang punca pendapatan mereka bergantung kepada penjualan serama semata-mata……apa-apapun buatah apa yang masing-masing fkir terbaik.sesungguhnya rezki itu hakmilik mutlak Allah SWT….dan tiada perancangan manusia yang boleh mengatasi perancangan hebat Allah Taala…apa-apa pun amiklah langkah selamat dan berjaga-jaga……sediakan perahu sebelum kapal titanic anda tenggelam…….hehehe….coleteh-celoteh juga….di sini SB ingin berkongsi gambar seekor anak serama hasil reban SB dari gabungan baka Kubing Keramat ( Brutal Bro) + Kijang+ Merak Ku Mizan……..






No comments:

Post a Comment