Friday, July 1, 2011

Tips mengurangkan bau busuk najis ayam serama

Salam…….di sini SB ingin berkongsi satu kaedah bagi mengurangkan /menghilangkan bau busuk di reban ayam serama kita…….kaedah ini SB sendiri belum mencuba lagi tetapi ianya adalah hasil dari bacaan SB dalam sebuah kolum di akhbar Harian Metro…Kaedahnya ini terhasil dari penyelidikan MARDI melaui satu produk yang dinamakan GENKIMO hasil ciptaan Dr Ramli Mohd Noor yang telah memenangi Pingat Emas semasa pameran Bio Malaysia 2008 di Seoul , Korea Selatan..selain menghilangkan bau busuk najis ayam,produk GENKIMO yang dicampur dalam air minuman ayam pada nisbah 1:700 liter air ini juga dapat meningkatkan berat ayam lebih cepat serta meningkatkan imunisasi seterusnya mengurangkan kadar kematian ayam….Jadi sama-samalah kita mencubanya nanti..

No comments:

Post a Comment