Thursday, December 20, 2012

Serama Jantan milik Abeli TNB





Salam semua.........antara sejarah awal pembabitan awal SB di dalam hobi berserama ini pada mulanya melalui dorongan dan bantuan abang SB sendiri yang telah memperkenalkan SB kepada beberapa rakan beliau yang sama-sama berkerja di bawah Syarikat Tenaga Nasional Berhad ( TNB)...dari situ SB telah mengenali beberapa rakan abang SB yang giat aktif bermain serama sebagai hobi di masa terluang....meskipun abang SB sendiri turut memelihara beberapa ekor ayam serama di rumah beliau namun oleh kerana keterbatasan masa dalam bekerja dan perniagaan tellah menghalang beliau dari aktif dalam hobi berserama ini...dari situ SB telah mengenalai beberapa orang kakitangan TNB yang turut meminati dan memelihara ayam serama seperti En Mansor, hafiz, en hashim, Abeyi dan juga Abeli...untuk entri kali ini SB ingin berkongsi beberapa gambar seekor ayam serama jantan milik Abeli TNB untuk tatapan semua...untuk maklumat, Abeli TNB boleh dikujungi di rumah beliau yang terletak tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Demit, Kubang Kerian....

Saturday, December 15, 2012

Ziarah otai serama " Abe Udi"...




Beberapa hari yang lepas SB sempat berkunjung ke rumah otai serama iaitu Abe Udi yang terletak di kampung Guchil Bayam, Kota Bharu...Abe Udi telah lama berkecimpung dalam permainan serama malah arwah bapa beliau juga masyhur dalam permainan serama semenjak belasan tahun lampau...menurut catatan Facebook saudara MadRodza Awang di mana beliau menyatakan baka asal Husin 2000 adalah hasil kacukan dari baka Abe udi dan juga Ah wee yang telah dibeli oleh saudara Husing Kijang....namun kini, baka Husin 2000 hanya tinggal sebagai satu tredemark Baka di mana Abe Udi sendiri telah menjual kesemua baka-baka lama di rumah beliau dan memulakan breeding baka-baka baru semenjak dua tahun lalu..Disertakan di sini beberapa koleksi ayam serama dalam latihan Abe udi....

A few days ago, SB spent several hours to gain serama knowledge from Mr Udi at his home which is located at Guchil Bayam Kota Bharu who had devoted his youngster age till now towards this hobby...For the past two decades, Abe Udi and his late father had established their name in Serama Arena among Kelantanese., according Mr Mad Rodza Awang in one of  his facebook statement, Hussin Kijang had carved his world-known Husin famous bloodlines by way of crossbred two serama bloodlines i.e from Mr Udi bloodlines and Ah wee bloodlines.

Wednesday, December 5, 2012

Ujung Jular vs- Kijang+ Wan Motel


Dua ekor anak ayam jantan berjaya di hasilkan di reban SB dari dua bapak dan induk pembaka berbeza iaitu dara Kijang Bloodlines dan Ujung Jular bloodlines..........masing-masing dari Pembaka SB yang bernama Pluto dan juga Oki.......

Saturday, December 1, 2012

Awe Selamat+ Keramat + Messol rejek



Salam Disember buat semua pencinta Serama.....diam tak diam kita semua dah nak sampai ke penghujung tahun 2012.......tiada apa untuk dicelotehkan oleh SB untuk entry kali ini, cuma ingin berkongsi beberapa gambar dua ekor ayam jantan muda milik abenor hasil kacukan sendiri yang dibuat oleh Abenor Batu Lada Kuala Krai di antara baka Awang Selamat + Keramat + Mesol Rejek...ayam jantan muda milik abenor ini pernah menyandang gelaran juara kategori muda di pertandingan di Kuala Krai baru baru ini....menurut Abenor ayam ini telah diminta untuk disunting oleh beberapa peminat namun ditolak secara baik oleh abenor berikutan belum mempunyai pelapis bagi baka-baka ini..