"Zuhal" si rinting emas yang manja............Gambar terkini ZUHAL selepas lebih kurang Dua bulan di dalam jagaan SB...
..............
Zuhal after Two ( 2) months in our custody...
NEW CASTLE DISEASE
- Penyakit Newcastle(ND) adalah penyakit ayam yang disebabkan oleh sejenis jangkitan virus.
- Penyakit ini boleh menyebabkan kematian yang tinggi sehingga mencapai 70-100%.
- Penyakit ini juga boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit mata.
- Wabak ND berlaku di Malaysia setiap tahun.
Pencegahan
-a. Kawalan pergerakan ayam.
- kawalan pergerakan di antara ternakan yang telah dijangkiti virus dengan ternakan yang tidak dijangkiti adalah penting untuk mencegah penularan penyakit.
b. Vaksinasi untuk mencegah jangkitan penyakit
. Vaksinasi berkesan menghalang tanda-tanda klinikal jangkitan ND.
. “Flock profile” boleh membantu program pemvaksinan untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.
c. Asing singkir dan pemusnahan
Kaedah untuk membasmi wabak ND adalah dengan pemusnahan ayam ( stamping out). Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND. Ini dapat mempastikan risiko penularan dapat dikawal.
.pemusnahan perlu dibuat dengan pantas utnuk memendekkan tempoh virus membiak dan tersebar.
d.Kaedah pelupusan
. pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera, sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.
.pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jikalau tidak menimbulkan masalah alam sekitar.
e. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa
. Bahan-bahan seperti makanan ternakan, tinja, telor boleh menjadi pembawa virus.
Oleh yang demikian, bahan ini tidak boleh dipindah keluar dari kawasan terjangkit Bahan-bahan ini juga perlu dimusnahkan dan ditanam. Bahan-bahan organic ini perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekontaminasi.
. Bagi ternakan yang terletak di kawasan yang mempunyai paras air tanah yang tinggi, pastikan kawasan pelupunsan ditimbus secara membukit.
DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI
Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut:
- kawasan reban
- bekas makanan dan bekas minuman
- pakaian kerja atau bahan berasaskan kain
- kenderaan.
- Peralatan ladang
Jenis-jenis disinfektan yang sesuai.
-larutan 4% sodium karbonat
-larutan sodium karbonat-dehidrat
-larutan 2% sodium hidroksida
- dettol, Lysol. Lindores, losan, dll.
Translation…….
Newcastle Disease (ND) is a disease of birds caused by a viral infection.
- The disease can cause high mortality of up to 70-100%.
- The disease can also affect to human eye.
- ND outbreak occurred in Malaysia each year.
Prevention
-a. Control the movement of poultry.
- control the movement of infected chicken with non-infected chicken is essential to prevent the spread of disease.
b. Vaccination to prevent infection
. Vaccination effectively prevents clinical signs of infection ND.
. “Flock profile” may help to identify the level of vaccination program
immune chickens on the farm.
c. Remove and destruction of foreign
. Methods to combat the epidemic ND is the destruction of poultry (stamping out). The destruction was carried out to eliminate the housing of ND virus. This will ensure the risk of transmission can be controlled.
. destruction must be done quickly right for shortening the virus reproduces and spreads.
d. Method of disposal
-Bereavement of carcas should be done as soon as possible, preferably the same breeding
area.
-burning the carcas may be conducted if it does not cause environmental problems.
e. Destruction of other products and wastes
Materials such as feeding tools, feces, eggs can be carriers of the virus.
therefore, this material can not be transferred out of the area affected by these substances should be destroyed and buried.
.
DISINFECTION AND decontamination
Disinfection and decontamination should be undertaken on the following items:
- the coop
- a former food and beverage containers
- clothing or fabric-based materials
- vehicle.
- farm equipment
The types of suitable disinfectants.
-4% sodium carbonate solution
-sodium-carbonate-dehidrat
-2% sodium hydroxide solution
- Dettol, Lysol. Lindores, losan, etc..
Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama
Anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu Kelantan dengan Kerjasama Kelab Kerisma.
Tarikh :28 Mei 2011 ( Sabtu)
Tempat :Kg. Seterpa, Peringat, Kota Bharu, Kelantan
p/s: Utk maklumat lanjut sila lawati blos KERISMA.....jumpa di saaaana..
Ayam yang berusia 3 minggu ini diberikan nama " SCORPIO" yang dibeli dari reban Tok Kopiah..SB harap Scorpio akan dapat mewarisi kehebatan bapaknya yang pernah menjuarai beberapa pertandingan sekitar Pantai Timur. Scorpio adalah dari darah Limbat dan telah mula menunjukkan perangainya yang galak.
bagi memastikan ayam Serama sentiasa bersih dan sihat..adalah dinasihatkan ianya dimandikan dengan ubat anti hama yang dicampurkan dengan Dettol dan juga sedikit syampu..biarkan ayam berendam dalam baldi lebih kurang 5 minit sebelum dikeluarkan dan di lap..masa rendaman yang kurang daripada 5 minit hanyalah melemahkan hama& kutu di badan ayam dan tidak mematikannya...air lebihan mandian bolehlah digunakan untuk membersihkan reban ayam..
Contoh sangkar ini adalah jenis sangkar yang sangat sesuai bagi pengasingan anak ayam berumur 1 minggu ke atas...sangkar jenis ini yang dipasang dengan jaring nyamuk berwarna hijau dapat melindungi anak ayam dari gigitan nyamuk dan lain-lain serangga berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan anak ayam serama...Pengasingan yang lebih cepat anak-anak serama jantan daripada ibunya dapat memudahkan proses mengenalpasti dan melatih anak ayam serama jantan yang bermutu dan mempunyai daya saing di masa depan.
Gambar menunjukkan salah seorang Otai Serama di Kota Bharu yang telah berjaya membiak ayam serama dari baka-baka tersohor seperti Limbat dan Husin....En Mahmud @ Tok Kopiah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembakaan ayam serama ini ternyata tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dan tips penting bagi membiak dan melatih ayam serama.
Pada tanggal 1 Mei 2011 yang lalu bersempena dengan sambutan hari pekerja , SB telah berkesempatan hadir di Pesta Unggas Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Sri Cemerlang Kota Bharu..........ternyata ayam serama yang dipertandingkan hebat belaka dan memerlukan ketelitian yang mendalam bagi pihak juri mengadili setiap ayam serama yang dipertandingkan..........SB juga berharap satu hari nanti SB akan mempunyai baka-baka serama yang terbaik seperti yang memenangi pertandingan pada hari ini.....Jangan lupa juga Pesta Unggas Peringkat Antarabangsa yang akan di adakan di Taman Orkid Pengkalan Chepa Kota Bharu pada 16 hb Julai 2011 nanti.....jumpa di saaaaaaaaaaaaaana.....Pemilik blog SERAMA BINTANG ini bernama Asmadi Ashari, merupakan seorang "businessman"
dan pada masa yang sama mempunyai minat membela dan menternak ayam serama...
Pemilik Serama Bintang ini boleh dihubungi di talian 019-9767375,0105709611 @ e-mail: asmadi_az5@yahoo.com.my
@ boleh berkunjung ke rumah di Taman Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan