Keramat Brutal Bro
Kenapa Keramat
Salam semua….salam Tahun 2014..tahun
baru azam baru, semangat baru, dan serba serbi yang baru..moga semua impian
kita bagi tahun 2014 menjadi kenyataan dan kita semua memperolehi rahmat dan
keberkatan dari Allah SWT..
Bercakap tentang hobi berserama………masuk
tahun ini, jika dikira pada jumlah tahun, maka SB sudah menempuhi tahun kelima
dalam hobi berserama di mana hobi mula membela semula ayam Serama pada tahun
2010..pada sekitar 1996-1997 SB telahpun membela ayam Serama, ketika itu SB
masih belajar di sekolah Menengah…jika dilihat pada jumlah tahun, jika diambil
contoh pelajar yang belajar di Universiti, sudah tentu tempoh 5 tahun itu cukup
untuk seseorang itu bergelar Mahasiswa ataupun Graduan..Namun bagi SB, dalam ilmu
Serama, SB rasa SB hanyalah memiliki ilmu-ilmu asas yang terhad saja jika
dibandingkan dengan otai-otai Serama di pelusuk tanah air yang telah berserama
sejak puluhan tahun lampau.
Untuk entry kali ini, SB ingin
bercakap mengenai topic KENAPA SB MEMFOKUSKAN MEMBIAK
BAKA-BAKA KERAMAT…bagi SB baka-baka keramat bukanlah baka yang
biasa-biasa malah jika kita bersabar dan sampai saat ketikanya bila kena pada
adunan dan acuannya maka kita akan bisa memiliki ayam-ayam yang luar biasa..menyusuri
kembali sejarah silam, baka-baka keramat adalah baka-baka yang diadunkan oleh
otai yang tidak asing lagi dalam dunia Serama iaitu otai Tuan Haji Iskandar (
Serama Keramat),bagi SB Hj Iskandar bukan sekadar otai-otai biasa, ini
disebabkan Hj Iskandar sendiri merupakan seorang lulusan universiti, justeru
itu dalam membiak dan mengadun darah-darah Serama sudah semestinya ianya
dilakukan secara berilmiah dan bukan secara semborono atau sekadar ikut apa nak
jadi..melalui perbualan secara maya SB dengan Hj Iskandar sebelum ini, dapat
disimpulkan bahawa peringkat awal dahulu, Hj Iskandar memulakan R n D Serama secara
menyilangkan husin dan limbat…yakni Limbat diHusinkan dan Husin diLimbatkan,
ini kerana prinsip yg dipegang oleh beliau ialah Perangai ayam di atas meja
menjadi faktor utama dan aksesori adalah faktor kedua.
Dan sesungguhnya bukan sedikit
masa, keringat dan wang ringgit yang dihabiskan oleh Haji sebelum Berjaya dalam
R n d beliau dan bergelar Best of The Best dari hasil tangan sendiri..dan dari
darah Keramat 10 itu sendiri ianya terdiri dari penyatuan puluhan baka-baka
hebat dan terpilih satu masa dahulu, di antaranya baka Wan Motel,Man
Dagangan,Wan Ahmad, Aziz Bunut, Maliki Losong, Pok nan Tumpat dan lain-lain
baka….Dan bagi penggiat Keramat yang komited seperti Kamarul Brutal Bro, Sb
tabik spring juga… Oleh itu, walaupun Rn D di reban SB sendiri masih belum
mencapai standard Keramat itu sendiri, namun SB akan meneruskan apa yang
dicita-citakan andai masa dan tenaga serta kesabaran masih bersama SB. In Sya
Allah
No comments:
Post a Comment