Posting
kali ni SB ingin berkongsi untuk tatapan kita semua akan keluhan dan rasa tidak
puas hati di kalangan rakan-rakan serama yang mana luahan rasa tersebut telah
banyak dipaparkan di wall FB atau
coretan didalam blog-blog samada secara nyata atau tersirat…terlebih dahulu SB
ingin memohon seribu kemaafan andai ada yang terasa atau merasakan SB ini lebih
sudu dari kuah, apa-apa pun SB terima segala kritikan dan teguran sebab SB
masih terlalu hijau dan setahun jagung dalam hobi berserama ini dan niat SB tiadalah
lain kecuali untuk membawa kebaikan kepada hobi berserama.
Pertamanya
SB ingin mengutarakan terhadap beberapa isu yang timbul mutakhir ini di mana SB
berpendapat isu ini jika tidak ditangani dengan secara berhemat boleh merugikan
rakan-rakan serama secara umum di mana sekiranya isu-isu yang dihebahkan di
baca oleh peminat yang baru ingin berjinak-jinak dalam hobi serama nescaya
seribu macam tanggapan negatif terhadap hobi berserama akan berlegar –legar di
ruangan minda mereka yang memungkinkan mereka melupakan terus hasrat menceburi
hobi berserama…isu yang SB maksudkan adalah berkenaan penipuan dalam penjualan
ayam-ayam serama, ianya termasuk penipuan dalam mendapatkan harga jualan yang
dikehendakki dan juga penipuan mengenai baka dan asal usul ayam serama yang
hendak dijual..mungkin kita selalu mendengar ayat-ayat standard ini.. “kalau
RM3500 dah ada orang nak bayar tapi saya tak bagi sebab nak jual pada harga
RM5000”…mungkin bagi
player/breeder baru, mereka mudah terperangkap dengan ayat-ayat standard
tersebut dan membelinya……manakala perkara yang lebih serius ialah penipuan
dalam baka atau asal usul ayam serama di mana hanya kerna ingin menjual ayam
maka sesetengah breeder/ player tu sanggup menipu bakal pembeli bahawa ayam
milik beliau tersebut mewarisi darah-darah /baka tersohor tanahair walhal
kebenaran adalah sebaliknya. Bagi SB isu penipuan baka ini lebih serius berbanding
penipuan harga kerana jika darah/baka ayam yang dibeli bukanlah dari darah/baka
sebagaimana penjual ayam tersebut beritahu maka kerugian dan penganiayaan yang
lebih dahsyat telah berlaku, di mana Pembeli tersebut akan mencanangkan secara
“innocent” bahawa ayam milik beliau dari baka sekian- sekian ( kita ambil contoh baka
Submarine)..lama-kelamaan reputasi baka/darah submarine tersebut akan rosak dan
tidak diyakini sebab orang melihat baka submarine tiada apa-apa kelebihan pun
melalui ayat standard yang macam ni pula… “laaaa..macam ni jer ke ayam baka submarine?..tak cantik dan tak bergaya
pun”…jadi di sinilah yang SB nampak impak dan kesan yang ketara dalam
jangkamasa yang lama.
Keduanya,
mutahir ini juga SB memerhatikan banyak kedengaran isu cantas mencantas dan
menjatuhkan sesama rakan serama….si A menjatuhkan si B..si C menjatuhkan si
D..dan begitulah seterusnya sehinggakan telah kedengaran beberapa rakan serama
kecewa dan “menggantung reban” dan beralih kepada hobi lain…..seolah-olah di
sini empunya serama juga terikut-ikut gaya serama yang suka mendabik dada dan
bergaya angkuh dan sombong di meja pertandingan….cukuplah sahaja sikap dan gaya
serama mendabik dada dan bergaya angkuh di meja pertandingan kerana ianya di
iktiraf sebagai satu bentuk kesenian dan
kecantikan…namun jika empunya serama juga bersikap dan bergaya sedemikian
serta suka merendah-rendahkan rakan serama yang lain ianya tidak lagi dianggap seni tetapi adalah satu
penyakit…penyakit busuk hati dan hasad dengki….SB tiba-tiba
teringat satu kisah lawak jenaka
berunsur pengajaran dan tauladan yang pernah diceritakan oleh seorang
motivator semasa satu sessi program motivasi keusahawanan yang pernah dihadiri
SB beberapa tahun yang lampau….ceritanya begini…di akhirat besok semasa di
padang mahsyar terdapat banyak lubang-lubang yang sangat dalam……setiap satu
lubang mewakili satu-satu kaum @ bangsa, bagi setiap lubang tersebut pula akan
dijaga oleh satu penjaga lubang (Malaikat) yang mana Malaikat penjaga lubang
tersebut akan menolak kembali orang yang sampai ke permukaan lubang tersebut ke
dalam lubang itu kembali walaupun
rakan-rakan mereka di dasar lubang saling bantu-membantu menolak rakan-rakan
mereka yang lain ke permukaan berkali-kali…namun…. di dalam banyak-banyak
lubang itu terdapat juga satu lubang….lubang itu walaupun tidak pula dijaga
oleh mana-mana malaikat/penjaga lubang namun
tiada seorang pun yang dapat melepasi ke permukaan lubang…tahu tak
kenapa tiada yang berjaya ke permukaan walau seorang pun?...sebab bila saja ada
rakan-rakan mereka yang ingin mendaki ke permukaan, maka rakan-rakan lain di
dasar lubang tersebut akan berebut-rebut menarik kaki rakan-rakan yang ingin
mendaki ke permukaan agar cepat-cepat jatuh kembali ke dasar lubang
bersama-sama mereka………….tahukan anda bangsa manakah yang mendiami lubang yang
tidak dijaga itu?.....bangsa itu adalah bangsa
MELAYU……..jadi..renung-renungkanlah dan selamat beramal….