Thursday, November 20, 2014









Assalamualaikum dan Salam 1serama kepada semua peminat serama di pelusuk dunia........hari ini 21/11/2014 bersamaan hari jumaat yang penuh keberkatan............marilah sama-sama kita melipatgandakan amalan kita baik berselawat ke atas junjungan Nabi SAW, membaca Al-Quran dari surah-surah terpilih, mahupun memperbanyakan istighfar...melakukan amalan baik ini, seperti beristghfar, tidak semestinya kita perlu duduk di atas sejadah.............sambil bawak kereta pun boleh, sambil bagi makanan kat serama kesayangan pun bole........

Dalam seminggu ini, hujan turun dengan lebat boleh dikatakan di seluruh kawasan semenanjung Malaysia,.dan paparan berita terkini samada di media cetak, media elektronik mahupun media sosial sibuk membicarakan dan memuatnaik gambar keadaan semasa banjir..Bercakap mengenai banjir , iainya adalah satu fitrah alam bumi Malaysia ini saban tahun berlakunya banjir..Jadi, kepada para penternak serama, apakah persediaan anda untuk menjaga serama kesayangan anda yang bernilai ribuan malah puluhan ribu ringgit itu khususnya di musim Tengkujuh ini?.....

SB pasti, otai-otai semua sudah sedia maklum dan menyediakan payung masing-masing lebih awal............bab kata pepatah Melayu.......sediakan payung sebelum hujan....Tapi kalau bab serama ini, SB rasa, tidak cukup kalau Payung saja yang kita sediakan, kita juga harus menyediakan khemah tambahan untuk musim banjir, selimut khas reban dan juga tambahan lampu-lampu mentol merah untuk menhangatkan kesejukan malam yang mencengkam.

Bagi SB, ubatan yang selalu SB gunakan untuk persediaan bajir adalah sebagaimana yang terdapat dalam gambar-gambar di atas..SB juga cuba sedaya upaya untuk memastikan ruang dalaman reban sentiasa kering, kerana kelembapan ruang dalaman reban yang bercampur air dan juga najis serama akan mengundang satu penyakit yang amat berbahaya kepada serama kita.

Bagi rakan-rakan serama yang ingin mengetahui lanjut tentang ubatan serama di musim tengkujuh ini,,boleh juga cuba cuba intai di Blog Anizam Agrofarm.......di sana banyak info-info menarik berkaitan penjagaan unggas kesayangan masing-masing.

Menyentuh sedikit, projek serama 2015 SB yang akan datang sebulan saja lagi, SB dalam 2 tahun kebelakangan ini telah melakukan proses R n D di reban SB khususnya bagi mengstabilkan darah-darah bagi baka-baka sedia ada di reban SB.......yangg mana dalam masa 2-3 tahun kebelakang ini, SB telah menyatukan baka-baka di reban SB di mana baka-baka asal seperti Keramat Yuza, Keramat Awang Selamat,Submarine MatYar, Submarine Tanpa Nama, Kijang, Kijang Iwan Serama Kelate,Wan Motel Kodik, Merak KuMizan dan beberapa baka lagi.

SB juga menambahkan sedikit suntikan baka SG bertujuan khas untuk mendapatkan baka serama yang berbalung halus dan syukur Alhamdulilah, dalam 2 tahun yang lepas, SB berjaya meng"upgrade" balung serama SB melalui kacukan induk mixed SG dan Penjantan SubMarine MatYar....

Sepanjang tahun 2014 ini juga, banyak ayam-ayam SB telah bertukar geran ke pelusuk semenanjung tanah air termasuk juga terbang ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah...jutaan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah mendapatkan ayam-ayam dari reban SB yang tak seberapa ini.

semoga hobi berserama ini masih segar dan bersemangat bagi SB untuk mengharungi tahun 2015 pula.......sekian,jumpa lagi ...

Friday, November 7, 2014


Salam dan selamat sejahtera kepada peminat serama di pelusuk tanahair dan juga dunia.......kita semua kini telah memasukki bulan November.......di mana sekiranya kita berada di dalam negeri-negeri This is Pantai Timur maka persediaan untuk menghadapi banjir pula dibuat..............begitu juga persediaan untuk menjaga Serama kesayangan masing-masing.......ianya sangit penting kita mengambil langkah berjaga dalam faktor kesihatan ayam, kebersihan reban, bahaya binatang berbisa dan juga penularan penyakit unggas.......bagi sesetengah breeder, sebelum tiba musim tengkujuh, mereka akan mendapatkan vaksin di Pejabat Haiwan berdekatan dan membuat suntikan imunisasi kepada serama masing-masing supaya serama sihat walafiat sepanjang musim sejuk dan hujan...so, sama-samalah kita buat apa yang patut ye......

untuk entry gambar kali ini, SB kongsikan di sini hasil reban SB sendiri dari kacukan R n D SB selama 3 tahun dari baka Keramat Abekop Yuza + Kubing BOTB Lie Pauh Lima + Kijang..........ayam ini dalam kategori anak B tapi kini hampir memasukki remaja............jika kena pada harganya SB bersedia untuk melepaskan ayam ini..........untuk maklumat lanjut bole berhubung di FB serama bintang, serama bintang putra.......WhatsApp@ Telegram 0105060656......sekian.............