Wednesday, January 8, 2014

KENAPA KERAMAT?


                                                      Keramat Brutal Bro







Kenapa Keramat
Salam semua….salam Tahun 2014..tahun baru azam baru, semangat baru, dan serba serbi yang baru..moga semua impian kita bagi tahun 2014 menjadi kenyataan dan kita semua memperolehi rahmat dan keberkatan dari Allah SWT..
Bercakap tentang hobi berserama………masuk tahun ini, jika dikira pada jumlah tahun, maka SB sudah menempuhi tahun kelima dalam hobi berserama di mana hobi mula membela semula ayam Serama pada tahun 2010..pada sekitar 1996-1997 SB telahpun membela ayam Serama, ketika itu SB masih belajar di sekolah Menengah…jika dilihat pada jumlah tahun, jika diambil contoh pelajar yang belajar di Universiti, sudah tentu tempoh 5 tahun itu cukup untuk seseorang itu bergelar Mahasiswa ataupun Graduan..Namun bagi SB, dalam ilmu Serama, SB rasa SB hanyalah memiliki ilmu-ilmu asas yang terhad saja jika dibandingkan dengan otai-otai Serama di pelusuk tanah air yang telah berserama sejak puluhan tahun lampau.
Untuk entry kali ini, SB ingin bercakap mengenai topic KENAPA SB MEMFOKUSKAN MEMBIAK BAKA-BAKA KERAMAT…bagi SB baka-baka keramat bukanlah baka yang biasa-biasa malah jika kita bersabar dan sampai saat ketikanya bila kena pada adunan dan acuannya maka kita akan bisa memiliki ayam-ayam yang luar biasa..menyusuri kembali sejarah silam, baka-baka keramat adalah baka-baka yang diadunkan oleh otai yang tidak asing lagi dalam dunia Serama iaitu otai Tuan Haji Iskandar ( Serama Keramat),bagi SB Hj Iskandar bukan sekadar otai-otai biasa, ini disebabkan Hj Iskandar sendiri merupakan seorang lulusan universiti, justeru itu dalam membiak dan mengadun darah-darah Serama sudah semestinya ianya dilakukan secara berilmiah dan bukan secara semborono atau sekadar ikut apa nak jadi..melalui perbualan secara maya SB dengan Hj Iskandar sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa peringkat awal dahulu, Hj Iskandar memulakan R n D Serama secara menyilangkan husin dan limbat…yakni Limbat diHusinkan dan Husin diLimbatkan, ini kerana prinsip yg dipegang oleh beliau ialah Perangai ayam di atas meja menjadi faktor utama dan aksesori adalah faktor kedua.
Dan sesungguhnya bukan sedikit masa, keringat dan wang ringgit yang dihabiskan oleh Haji sebelum Berjaya dalam R n d beliau dan bergelar Best of The Best dari hasil tangan sendiri..dan dari darah Keramat 10 itu sendiri ianya terdiri dari penyatuan puluhan baka-baka hebat dan terpilih satu masa dahulu, di antaranya baka Wan Motel,Man Dagangan,Wan Ahmad, Aziz Bunut, Maliki Losong, Pok nan Tumpat dan lain-lain baka….Dan bagi penggiat Keramat yang komited seperti Kamarul Brutal Bro, Sb tabik spring juga… Oleh itu, walaupun Rn D di reban SB sendiri masih belum mencapai standard Keramat itu sendiri, namun SB akan meneruskan apa yang dicita-citakan andai masa dan tenaga serta kesabaran masih bersama SB. In Sya Allah