Thursday, January 24, 2013

Jualan Kurangkan kuantiti ayam- ----part-1-

                                                         Capricorn



                                                          Black Caprcicorn

Salam semua.....di sini SB sertakan bbrp gmbar Capricorn dan anak jantan dia iaitu Black Capricorn hasil kacukan Capricorn + Sri Merak ( Sri Merak berdarak Merak Ku Mizan)........untuk makluman pembakaan,Capricorn dibeli oleh SB hmpir 2 tahun yg lalu dari reban Abemat Panji........menurut abemat ayam ini berdarah Kodik+ Miebukit+ Submarine.....sebenarnya berat sangat -sangat hati SB nak menjual Capricorn mahupun pembaka-pembaka yang lain, namun apakan daya...kesibukan kerja dan perniagaan SB yg mana bebanan kerja semakin bertambah hari ke hari menyebabkan SB tk menang tangan untuk menjaga ayam-ayam di reban SB yang semakin membiak......kesian kat ayam kadang-kadang 2 hari tk terjenguk smpai makanan dlm bekas dah kosong.....SB beli capricorn dulu pada harga melebihi RM 1k.....tapi SB nk letgo capricon kpd sesiapa yg berminat ( sekiranya ada).....pada harga RM 950.00......manakala anak caprcicorn berwarna ara pula pada harga RM 600.00 sahaja........019-9767375......asmadi.....

Friday, January 18, 2013

Pluto's offsprings......



Anak pluto kini meningkat remaja...hasil kacukan pembaka Pluto(baka Wan Motel) dan juga Sri Pelangi(baka Hussin Kijang)....

Saturday, January 12, 2013

Pembaka Reban SB ( Capricorn's offsring)




Perkongsian Dua ekor pembaka di reban SB ( Penjantan / Induk)...Penjantan ara kehijau-hijauan dari baka Kodik + Miebukit + Merak Kumizan. ( anak kepada Caricorn + Sri Merak).........manakala induk muda pula gabungan baka Keramat + Kubing Lee Pauh Lima........

Monday, January 7, 2013

Hasil keras tangan 2012




Salam semua...........tkde apa-apa nak post ...SB hanya ingin berkongsi gambar reban  serama 2 pintu hasil kerja tangan SB sendiri.........jauh dari kesempurnaan..cuma saja nak mencuba.....ambil masa sebulan juga nak siapkan benda ni sebab terpaksa bagi masa dan keutamaan kepada bidang kerja/perniagaan SB........so sebab tu la amik masa yang lama.........kalau orang yang mahir buat ni rasanya dua hari dah siap kot......hehehe...

Thursday, January 3, 2013

Kubing Keramat+ Kijang+ Merak







Assalamualaikum dan Salam sejahtera….diam tak diam kita semua sudah memasuki tahun baru ,tahun 2013…….sudah menjadi kebiasaan di awal tahun masing-masing akan memasang azam baru, usaha baru dan harapan baru…..terpulang kepada semua cuma apa yang penting perancangan yang bijak harus diatur demi mencapai setiap yang dicita-citakan..bercakap mengenai hobi berserama di tahun baru 2013……..ada sedikit pandangan/ramalan negative terhadap pasaran serama,jika kita meniliti status/komen di FB kawan-kawan serama kita, bermacam ramalan dan komen terhadap pasaran serama bagi 2013, ada yang meramalkan pasaran serama akan lembap pada tahun 2013 dan ada juga yang meramalkan pasaran akan terus menjunam pada tahun 2014….seandainya ditanya pada SB, maka SB tetap dengan pendirian bahawa berserama adalah satu hobi( bagi SB la) dan jangan pula kita terlalu mengharapkan keuntungan/ pendapatan dari hobi ini………barulah kita tidak kecewa @ tertekan, tak kisahlah serama mahal ke, serama dh tak laku jual ke…..yang penting jika kita masih meminati serama, maka belalah ia sebagai haiwan peliharaan…tapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?....dengar khabar ada yang membuat pinjaman puluhan ribu ringgit ( membeli baka-baka terbaik dan menyiapakan reban berstatus mini ladang) dengan niat untuk mendapat pulangan lumayan……dan dengar khabar ada juga yang memang punca pendapatan mereka bergantung kepada penjualan serama semata-mata……apa-apapun buatah apa yang masing-masing fkir terbaik.sesungguhnya rezki itu hakmilik mutlak Allah SWT….dan tiada perancangan manusia yang boleh mengatasi perancangan hebat Allah Taala…apa-apa pun amiklah langkah selamat dan berjaga-jaga……sediakan perahu sebelum kapal titanic anda tenggelam…….hehehe….coleteh-celoteh juga….di sini SB ingin berkongsi gambar seekor anak serama hasil reban SB dari gabungan baka Kubing Keramat ( Brutal Bro) + Kijang+ Merak Ku Mizan……..